Friday 20 December 2013

Warkah Buat mu Cinta.

Jagalah diri mu,
Jagalah pandangan mu,
Jagalah hati mu.
Duhai Cinta.
Maaf untuk cinta ini.
Bukan aku tak cinta,
hanya tidak ingin ada yang terluka.
Kerana apabila bermain soal hati dan perasaan.
Pasti nanti ada yang kecewa.
Pasti nanti ada yang terguris.
Andai telah tertulis diriku ini adalah permaisuri hatimu.
Pasti akan tiba masanya untuk itu.
Kerana, 
setiap yang tertulis di Luh Mahfuz itu pasti akan tercipta.
Ku coretkan warkah ini buatmu.
semoga menjadi pembakar semangat,
 untukmu terus berjuang.
Moga nanti ia dapat menjaga diriku dan dirimu dari murkaNya.
Menuju Redha Ilahi.
Jujurlah pada hati mu.
Jangan bermain dengan cinta.
Yakin padaNya.

Allahu Rabbi.
Hati ini sering di uji.
Apalah ertinya hidup andai tiada Cinta dariMu.
Jagalah hati ku, jagalah hati dia.
 Jagalah hati kami.
Sesungguhnya Engkau lah yang memegang setiap hati.
kerana, dalam hidup kami, ada impian yang ingin kami capai.
ada hasrat yang kami cita kan.




No comments:

Post a Comment