Monday 5 January 2015

Nilai Kebaikan - Walau Senyuman Sedetik Cuma

[PERKONGSIAN MISI BANTUAN BANJIR] 
-06.01.2015-
"Terima kasih ya.Nanti tahun depan datang lagi"
"InsyaAllah makcik.Saya balik dulu". Kami berbalas senyum. Pintu kereta ditarik. Hati berbunga riang. Tak sangka makcik tadi sanggup datang ke kereta memberi penghargaan.
"Makcik tadi suruh datang lagi tahun depan.Macam nak minta rumah dia banjir lagi je". Syazwani,rakan sukarelawan bersuara.
"Kan...". Aku menyahut.Ketawa.
Pelik. Jika orang lain mungkin akan berdoa dan berharap agar rumah mereka tidak dinaiki air lagi.Berbeza dengan makcik tadi.Perkongsian pengalaman bersama sukarelawan lain usai kunjungan ke SK Balai Besar menemukan aku jawapan.
Redha.Rumah mereka selalu dilanda banjir menyebabkan mereka sudah terbiasa dan terima ujian Illahi dengan tenang.Boleh jadi iman dan keyakinan mereka kepada Allah sangat tinggi sehingga diuji sedemikan rupa.
Kasih ibu ayah. Keceriaan anak-anak yang terpamer di wajah polos mereka sedikit sebanyak mengurangkan beban perasaan yang ditanggung si ibu ayah.Gelak ketawa dan usikan yang kedengaran saat bermain bersama rakan. Ibu gembira saat melihat anak mereka bergembira.Unconditional love.Cinta tanpa syarat.


Nilai kebaikan. Mungkin pertolongan yang dihulurkan terasa kerdil namun sangat bermakna disisi penerimanya. Mewarna,melukis,sukaneka,senaman ringkas...antara aktiviti yang dijalankan bersama adik-adik, namun insyaAllah memberi senyuman gembira buat mereka walau sedetik cuma.
Benarlah.
Setiap orang adalah guru bagi kita walau siapapun mereka.
Terima kasih makcik.


Nama Pena : Faeza Ruslan

Hadis Rasulullah s.a.w :

"Khairunnas anfauhum linnas"
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling memberi manfaat kepada manusia yang lain."
(HR. Thabrani)

Terima kasih atas perkongsian, moga Allah redha.