Saturday 20 July 2013

Kepulangan ku, kedatangan Mu Yaa Ramadan.



Sememangnya kita sering merancang, aku merancang, dia merancang, ALLAH juga merancang. Dan sebaik2 perancang itu semesti ALLAH SWT.. A,ah.. tiada yang lebih sempurna perancangannya selain DIA. Aku merancang untuk balik ke kampung pada hari ke2 setelah habis exam, tp, Subhanallah, maha suci ALLAH, DIA telah tetapkan untuk ku pulang pada malam selepas habis exam, walau rushing, Alhamdulillah, ALLAH permudahkan, dia permudahkan ku untuk packing barang2,angkut barang2 dengan pertolongan roommate ku, walau sedikit kelam kabut.. tetap kalimah Alhamdulillah tu bisa di zahirkan. Tiada siapa yang tahu kan benda tu, walau diri ku sendiri, hanya ALLAH yang tahu, kerna DIA lah yang merancang semua tu.. Hari ini, hari ke 9 habis exam, tapi aku masih lagi belom pulang ke rumah, massih belom memeluk ma dan abah, masih belom cium ma dan abah, massih belom dapat bermanja dengan ma dan abah kat rumah, mungkin juga ada hikmahnya, yaa.. for sure, ada hikmahnya.. pada 26hb habis exam, 26hb malam ke rumah abang ku di butterworth, dan 27hb malam bertolak ke Shah Alam, dan sekarang 5hb,masih berada di sini, Shah Alam. Subhanallah.. Perancangan, InsyaALLAH, 6hb, esok akan bertolak ke Kelantan.. InsyaALLAH...


Menanti kedatangan Ramadan, pada tahun ini InsyaALLAH, akan berpuasa bersama keluarga, semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua. Aminn Ya Rabbi..


:. Universiti Ramadan .:


Sebelum ini kita(atau mungkin saya J ) di datangi dengan ucapan datang ke Universiti Sains Malaysia, Selamat belajar di Universiti Sains Malaysia, dan bermacam-macam lagi, tapi, pada kali ini, ada kelainan pada ucapan yang saya(atau mungkin kita J ) dapat pada malam pertama Ramadan, ucapan yang berbunyi, atau mungkin tidak berbunyi ^_^ 


“ Selamat memasuki Universiti Ramadan ”


Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.. hari ini adalah hari ke 10Ramadan, begitu pantas masa berlalu, rupa-rupanya sudah 9 hari kita berpuasa.

Di sini sedikit perkongsian untuk penuntut Universiti Ramadan.


  Graduan Universiti Ramadan :


Semua bisa memasuki Universiti Ramadan, tiada had umur. Tiada Qualification.


Ilmu persiapan memasuki Universiti Ramadan :


solat taubat dan istigfar banyak-banyak. Jika sekarang masih belum buat solat sunat Taubat, masih sempat lagi. Supaya ALLAH terima setiap amalan kita. Buatlah. ALLAH Maha Pengampun, bila-bila masa, di mana-mana sahaja. ^_^


Cara? Begini : Niat : “ Sahaja aku solat sunat Taubat, 2 rakaat kerana ALLAH s.w.t ”


Rakaat Pertama à Al-fatihah-Al-Kafirun (baca sekali saja, rajin buat 3X, rajin lagi buat 7X, tapi jangan focuskan untuk mengira J matlamat kita : Taubat)


Rakaat Kedua à Alfatihah-Al-Ikhlas (sama seperti di atas)


Sujud akhir, istigfar. “ La illahailla anta subhanaka inni kuntum mina zolimin ”


Lepas solat, doa sungguh-sungguh minta ALLAH ampunkan dosa lepas-lepas dan akan datang. Zikir-zikir-zikir banyak-banyak. 


Niat dan azam untuk ALLAH redha, dan ALLAH terima puasa tahun ini, doa untuk mendapatkan Lailatulqadar. Mohon kebaikan daripada ALLAH. Mohon keredhaan ALLAH. Dunia & Akhirat.

Orang tak nampak nikmat bulan ramadan, tapi bagi orang yang tahu, mereka rasa, mereka merasai nikmat itu. Subhanallah. >1000bulan. Mereka nampak lebih daripada itu.


Jangan gaduh-gaduh, sambung Silaturahim, Nabi kan lebih suka orang yang menyambung Silaturrahim, bukan orang yang memutuskan Silaturrahim. Memaafkan dan meminta maaf kepada semua kenalan. 


Pusat Pengajian yang ditawarkan di Universiti Ramadan :


Taat pada ALLAH, semua orang kena taat pada ALLAH. cth yang merokok pun tidak merokok, kalau benda-benda fitrah kita boleh tinggalkan pada bulan ramadan, apa lagi maksiat, kan? Di harapkan kita boleh tinggal. Lambang ketaqwaan. Ini kalau orang yang betol2 mengambil manfaat dalam bulan ramadan.


Akidah kita yang yakin bahawa ALLAH melihat kita walau kita tidak melihat ALLAH.

Disiplin diri,  ada waktu-waktu tertentu (cth : waktu sahur, waktu berbuka, waktu solat sunat tarawih, waktu berzikir, tadarus J ). Menjadikan kita lebih berdisiplin. Lambang ketaqwaan kita kepada ALLAH.


Sahur, jarak berhenti sahur, 50 ayat quran nabi dan sahabat boleh baca.

Tarawih,Zikir. 


Mujahadah ( lawan nafsu sungguh-sungguh) dan tawajuh, istiqamah. Lepas segala-galanya pada ALLAH. Yakin pada ALLAH. Bukan sekadar puasa lapar dan dahaga, tetapi lebih daripada itu kerana ALLAH janjikan pada kita, antara istimewanya bulan Ramadan adalah doa orang yang berpuasa ini tidak akan di tolak oleh ALLAH. Doa-doalah bersungguh. 


Hadiah termahal di Universiti Ramadan :


Mengharap pada ALLAH,

Hadiah termahal/tak ternilai harganya à malam Lailatulqadar. Satu malam lebih baik daripada seribu bulan (83tahun ++). Kiraan ALLAH, bukan kiraan manusia.  

Doa setiap malam :

“ Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Mengampuni, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah kami.” Jika itu malam lailatulqadar, subhanallah. Tiadalah tempat kita di neraka. Dengan Rahmat ALLAH, tempat kita di Syurga. InsyaALLAH. Amin.

Semua pintu syurga terbuka, bererti ALLAH sedang menyuruh kita , mengalu-alukan kita ke syurga, seolah-olah ALLAH bagitahu pada kita “ masuk lah masuk lah masuk lah, tinggalkan benda jahat, benda tak baik, mai la mai la mai laa. Buat baik”

Subhanallah.

Bagaimana kalau kita haid ? mesti sedihkan, tak pa, jangan sedih, itu adalah rezeki daripada ALLAH sejak zaman .

Doa :

“ Alhamdulillah ha 'ala kullihal, wa astarfirullah min kul lizanbi. ”
maksudnya :

“ Segala puji bagi ALLAH dalam segala hal dan ku mohon ALLAH ampunkan segala dosaku ”

Zikir banyak-banyak.

Baca quran juga, surah-surah pendek.


Halangan menjadi graduan Universiti Ramadan yang berjaya :


Kita nak hidayah, tapi tak berusaha.

Hati yang keras dan diri yang ego.

Tidak menjaga pandangan.

Tidak sahur. Malaikat mendoakan orang-orang yang bangun sahur. “Satu keberkatan yang sangat teristimewa ada pada makanan sahur.”

Berhijrah. Baik à Lebih Baik, Lebih Baik à Terbaik.

Gaduh-gaduh, kira-kira (berkira), tak puas hati dengan kehidupan.


Kesilapan graduan Universiti Ramadan :


1)      Bersedekah yang salah,

Sedekahkan apa yang kita suka, bukan apa yang kita tak mahu. Sebenar-benar sedekah adalah memberi benda yang baik dan sayang yang kita miliki. Tetapi kebanyakan daripada kita selalu memberi sesuatu yang kita sudah tidak mahu guna, barang-barang yang sudah lama kita pakai, baju-baju yang sudah lusuh. Sama juga macam kuih-muih, memberi sedekah atas sebab kita dah tak larat untuk memakannya, sebab tadi beli banyak sangat. Dengan niat tak mahu membazir. Tak, itu bukan caranya. Tak mahu membazir bermula pada mulanya, sebelum beli lagi mesti fikir, ni habis tak ni nak makan, tapi tak kan, kita beli je banyak-banyak, masa tu tak fikir lak membazir, huhu ^_^ tapi andai kita beli lebih dan di niatkan untuk memberi kepada mereka yang memang tidak mampu untuk membeli kuih tu, yang pasti bila kita beri pada mereka, mereka akan makan, Alhamdulillah. Jika begitu, itu adalah lebih baik. 


2)      Parking block kereta orang,

Iman ada banyak cabang, Iman paling tinggi adalah beriman dengan La Illa Ha illa ALLAH, dan serendah-rendah iman adalah membuang sesuatu yang menghalang di jalanan. Jadi, kalau parking block kereta orang tu macam mana yer? Hihi, bukan ke menambah halangan di jalanan maknanya tu. Jadi, JOM, Jalan Orang Mukmin, berubah JOM. Sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi, mana ada tahu ada emergency ke apa, kita tak tahu. Jap, saya tak la kot, kereta pum tak pandai drive, apa lagi nak block kereta orang. Um.. mungkin dengan menasihati Abah, Abang, Ma, Kakak kita yang bawak kereta. Juga boleh membantu. 


Bukankah ALLAH berfirman dalam surah Al-‘Ars :


“ Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan kepada kebaikan dan kebenaran dan menasihati kepada kesabaran”


Komplain makanan, jangan ! sesungguhnya itu lah rezeki yang ALLAH hadirkan untuk kita. Cara nak elak komplain,

1)      Tarik nafas.

2)      Alhamdulillah. Segala puji bagi ALLAH,

3)      Astargfirullah. Ya ALLAH ampunilah aku. 


InsyaALLAH, ALLAH akan kunci hati kita daripada komplain,

Jangan hanya mengejar pahala-pahala yang besar dalam ramadan. Bagi yang bekerja, tersenyumlah kerana kerja itu sendiri dapat cuci dosa dan mendapat pahala. Jangan lah kerena keletihan kita bermuka masam. Maniskan muka J. Suami, dakwah di luar, buat baik di rumah. Bulan ramadan ini biarlah muka kita sentiasa manis .. com.mel.



Matlamat utama : “Saya berpuasa menuju Taqwa”

Moga ALLAH Redha.

Pesanan Ustazah.