Wednesday 2 October 2013

Allahu, Forgive me.. Please..

Subhanallah... 

terasa diri ini amat kejam, kerana tidak menghulurkan apa yang masih berbaki. 
Membiarkan dia pergi dengan begitu sahaja, tanpa memberikan sehelai ‘hadiah’. 
Tapi masih bisa tersenyum, dan aku membalas senyumannya. 
Pada masa yang sama dia masih mengingatkan kami supaya berhati-hati, 
dengan keadaannya yang begitu masih menasihati kami. 
“Pak cik, hati-hati yer, jalan baik-baik”. 
Menitis air mata ku, hati tetiba terketuk sendiri dengan kesukaran yang di lalui oleh pak cik. 
Tapi masih tersenyum, masih tersenyum. 

Terasa amat bersyukur dengan nikmat yang ALLAH kurniakan buat ku, 
yang ada padaku sekarang. 
Tidak layak untuk mengeluh dengan setiap ujian yang di hantar daripadaNYA, 
kerna ujian itu hanya setetes kecil jika di banding dengan mereka di luar sana. 
Tidak layak untuk marah atau tidak berpuas hati dengan ujian daripadaNYA.. 
Tidak layak langsung untuk merungut.. 
Aku hanya seorang hamba..

Wahai ALLAH.. maafkan kesilapan kami, 
ampunkan lah dosa-dosa kami,
kami kerdil tanpa nikmatMu.

~DOA BUAT NYA ~

Ya ALLAH, permudahkanlah perjalanan hidup pak cik itu, 
janganlah membebani ujian yang berat yang dia tidak dapat menggalasnya, 
bantulah dia walau dalam apa jua sekalipun, 
hantarlah hamba-hambaMu yang pemurah dan baik hati, 
yang terdetik di hati mereka untuk menghulurkan bantuan buatnya. 
Aminn....

*insan kerdil yang merasa dirinya amat kerdil