Friday 21 August 2015

Isti'azah Memasuki Masjid

Alhamdulillah…

Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat kehidupan. 
Masih dikurnia oleh Allah nikmat Iman, masih lagi mampu merasai nikmat Syukur.
 Saya, Nurul Suhaida Ibrahim, hanyalah insan biasa-biasa… 
Namun, Allah sering beri kekuatan kepada diri ini untuk menulis. 
Allah sering beri peluang untuk menulis. 
Alhamdulillah...
Hari ini, teringin nak berkongsi tentang kajian Master saya, bidang Pengajian Islam. Kalau di ikutkan, degree dalam bidang Sains Tulen. Sains Biologi Haiwan. 
Tups tups… 
Jauh tercampah ke bidang Ilmu Kemanusiaan. 
Inilah takdir, ketetapan Allah. 
Hari ni, sedikit perkongsian tentang isti’azah iaitu konsep memohon perlindungan kepada Allah dari sesuatu yang tidak diingini. 
Untuk kali ini, saya akan berkongsi doa isti ‘azah ketika ingin memasuki masjid. 
Begitu perlukah seseorang untuk beristi’azah sebelum memasuki masjid? 
Yaa.. Amat perlu, kerana tempat yang dimasukinya itu adalah masjid, dan masjid adalah rumah Allah, tempat beribadat. 
Jika seseorang memasuki masjid tanpa memohon perlindungan kepada Allah, bagaimana dengan ibadatnya nanti? 
Wallahu’alam bissawab…

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a, Rasulullah saw ketika memasuki masjid, Baginda membaca doa isti ‘azah,

“A’uudzuBillaahil Azhiimi wa Biwajhihil Kariimi wa Sulthaanihil Qadiimi-minasy-syaithaani-rajiim.”

Yang bermaksud,

“Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung dan kepada Wajah-Nya yang Mulia dan kepada Kekuasaan-Nya yang tidak berawal dan tidak berakhir dari gangguan syaitan yang terkutuk.”

 Seseorang bertanya, “Hanya itu?”

Aku (Abdullah bin Amr) menjawab, “Ya, hanya itu.”

 Rasulullah s.a.w kemudian bersabda,

“Jika seseorang membacanya (isti‘azah tersebut) maka syaitan berkata ‘Ia akan terhindar dari aku sepanjang hari.’”
(HR. Abu Daud)


Wallahu'alam... ^_^

Tuesday 18 August 2015

Aku Punya Kekasih

“Jujur, apabila aku memikirkan tentang kita… Aku ingin menangis dan menangis, cinta ini menyakitiku… Aku tak sanggup.”

“Sepanjang malam aku menangis, memikirkan kita… Dalam hati aku, aku mempersoalkan… Kenapa seorang wanita itu sangat beremosi? Aku marah! Sebenarnya, aku marah siapa?”

“Ya Allah, air mata aku terlalu mahal… Untuk menangis, hanya kerana sesuatu yang belum pasti buatku… Aku menangis dah berbaldi air mata… Namun, apa makna air mata tu? Sia-sia?”

“Semalam, aku berharap untuk  merasai ketenangan… Jadi, aku cuba untuk mencari ketenangan… Rupa-rupanya, bukan itu caranya untuk menghadirkan ketenangan dalam hati aku… Bukan dengan meluahkan kepadanya…”

“Malam tadi, tiba-tiba terdetik di hati kecil manusia kerdil ini. Sebenarnya… Apa yang aku inginkan dalam hidup ni? Di sayangi? Di cintai? Di agung-agungkan? Sebenarnya, apa makna bahagia?”

“Ada sesuatu yang aku tidak sepatutnya buat dari dulu lagi… Apa? Jatuh cinta! Aku jatuh cinta pada orang yang salah… Aku salah, ini salah aku…”

“Kenapa aku merasakan seolah-olah tidak punya apa-apa kepentingan??? Ya Allah, apa yang aku cari ni!”

“Aku harap apabila aku bangun nanti… Aku tidak pernah mengenali manusia bernama kamu. Namun, itu hanyalah satu harapan palsu. Takkan ada yang boleh putarkan kembali masa untuk hentikan waktu, detik, ketika kita mula-mula mengenali”

“Allah hadiahkan kami air hujan pada pagi ini… ”

“Ya Allah, sebenarnya… Apa yang aku takutkan dalam hidup aku ni? Aku takut kehilangan ke?”

“Ya Allah, kenapa aku tidak yakin dengan janji Mu? Teruknya aku…”


“Ya Allah, hadirkan sesuatu dalam hidup aku… Aku perlukan sesuatu… Tapi apa?”

Jadikan Allah tempat kau meminta, tempat kau memohon, tempat kau mengadu... 

Usah khuatiri jika tidak punya kekasih hati... Kerana bukan dia yang membuat mu bahagia, juga bukan dia yang memberimu ketenangan... 

Tetapi, Allah... Allah yang selayaknya di letakkan segala pengharapan... 

Saat sedih, mahu menangis, saat tiada siapa yang mendengar rintihan, saat semua orang disekeliling memekakkan telinga, membisukan mulut, kaki tangan kaku... Allah masih menanti kita... Jadikan Allah sebagai Kekasih hati... Jadikan Allah sebagai tempat mengadu... Yakinlah padanya... Dia sentiasa menunggu mu...


Yaaa... Kekasih mu itu sentiasa menunggu mu... Dia menerima mu walau dalam keadaan bagaimanapun kamu...


Wednesday 12 August 2015

Kalam Hebat Sheikh Dr A'id Al-Qarni.

Kata-kata indah daripada Dr. A'id Al-Qarni

نحن لا نملك تغییر الماضي 

Kita tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi

و لا رسم المستقبل 

Juga tidak boleh melakar masa hadapan

فلماذا نقتل أنفسنا حسرة

Lalu mengapa kita bunuh diri kita dgn penyesalan?

على شيئ لا نستطیع تغییره؟

Atas apa yg sudah tidak boleh kita ubah

الحیاة قصیرة وأهدافها كثيرة

Hidup ini singkat sementara matlamatnya banyak

فانظر إلى السحاب 

و لا تنظر إلى التراب 

Maka, tataplah awan dan jgn lihat ke tanah

إذا ضاقت بك الدروب 

فعلیك بعلام الغیوب 

و قل الحمدلله على كل شيئ 

Kalau berasa laluan sdh sempit, kembalilah kepada Allah yg 

Maha Mengetahui yg ghaib! 

Dan ucapkan alhamdulillah di atas segalanya

سفينة (تايتنك) بناها مئات الأشخاص

Kapal titanic dibina oleh ratusan orang

وسفينة ( نوح ) بناها شخص واحد

Sedangkan kapal nabi Nuh dibina hanya oleh satu orang

الأولى غرقت والثانية حملت البشرية

Akan tetapi, Titanic tenggelam. Sedangkan kapal Nabi Nuh 

menyelamatkan umat manusia

التوفيق من الله سبحانه وتعالى

Taufik hanya daripada Allah swt

نحن لسنا السكان الأصليين 

لهذا الكوكب الأرض !! 

بل نحن ننتمي إلى ( الجنّة ) 

Kita bukanlah penduduk asli bumi ini, bahkan asal kita adalah syurga

حيث كان أبونا آدم 

يسكن في البداية 

لكننا نزلنا هنا مؤقتاً 

لكي نؤدّي اختبارا قصيرا 

ثم نرجع بسرعة .. 

Tempat, di mana org tua kita, Adam, tinggal di permulaan. 

Kita tinggal di sini hanya untuk sementara,

Untuk mengikuti ujian lalu segera kembali.

فحاول أن تعمل ما بوسعك

لتلحق بقافلة الصالحين 

التي ستعود إلى وطننا الجميل الواسع

و لا تضيع وقتك في هذا الكوكب الصغير 

Maka berusahalah semampumu,

Untuk mengejar kafilah orang soleh, 

yang akan kembali ke tanah air yg sangat luas

Jgn sia2kan waktumu di planet kecil ini..!

الفراق: ليَس السفِر، ولا فراق الحب، حتىّ الموت ليس فراقاْ 

سنجتمَع في الآخرة

الفراق هو: أن يكون أحدنا في الجنة، 

والآخر في النار 

جعلني ربي وإياكمَ من سكان جنته..

Perpisahan itu bukanlah kerana perjalanan yg jauh, 

Atau kerana ditinggal oleh orang tercinta, 

Bahkan, kematian pun bukanlah perpisahan..

kerana kita pasti akan bertemu di akhirat.

Perpisahan itu adalah, 

Jika salah satu di antara kita di syurga dan yg lain di neraka.

Semoga Allah swt menjadikan kita semua sebagai penghuni syurga!

!! والحياة ما هي إلا قصة قصيرة

( من تراب . تراب . إلى تراب )

( ثم حساب . فثواب . أو عقاب )

Hidup ini adalah cerita pendek, dari tanah, di atas tanah, 

dan kembali ke tanah, 

Lalu hisab (yg hanya menghasilkan dua kemungkinan)

 pahala atau seksa.

فعش حياتك لله - تكن أسعد خلق ﷲ 

اللهم لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك

Maka, Hiduplah untuk Allah nescaya kau akan jadi makhluk-Nya 

yg paling bahagia.

Ya Rabb untukmu segala puji yg layak utk kemuliaan wajah-Mu dan 

keagungan kekuasan-Mu!


Kalam hebat seorang yang dikurniakan mata hati yang terang dan jernih..

Semoga Allah merahmati Sheikh Dr A'id Al-Qarni.