Wednesday 25 September 2013

Cinta Sedetik Cuma, Mengenal Cinta Abadi.

Cinta Sedetik Cuma, Mengenal Cinta Abadi.
Nurul Suhaida Ibrahim.

Tidak faham dengan hati sendiri, tidak faham dengan diri sendiri, perasaan apakah ini? Seperti perasaan yang aku tak pernah rasa, ada sedih, tapi pada masa yang sama air mata seperti terhalang untuk di alir, aku bisa tersenyum tapi pada masa yang sama aku rasakan ada letar-letar kesedihan, entah bagaimana ingin ku tafsir, entah bagaimana akan ku ertikan pada diri sendiri. Supaya nanti ku bisa memahami.
Merasakan amat berat untuk ku terima, terasa amat terseksa tiap kali hati mengingatinya, terasa seperti kehilangan sesuatu yang amat bernilai, walau sayang hanya sedetik cuma.
Tak, bukan ini caranya, aku harus kuat, aku bukan wanita lemah, cinta itu bukan milik aku, aku tak berhak mengatur mana-mana cinta, kerana cinta itu milik ALLAH dan anugerah dari ALLAH, aku tiada hak atasnya, anugerah itu ALLAH bisa tarik pada bila-bila masa sahaja. Aku redha, aku redhai segala yang berlaku, kerna ku pasti, kerna ku yakin, pasti ALLAH berikan ku hikmah di sebalik semua yang berlaku.

.: SEBUAH KISAH :.

Liya, gadis kampung yang tak pernah mengenal cinta asing, selama ini dia di didik dan dodoi dengan cinta Ibu, Ayah, dan keluarga. Tidak pernah terfikir di hatinya untuk bercinta dengan mana-mana lelaki asing, kerna bagi Liya, dia sudah ada kesemuanya, dalam kehidupan keluarga yang besar, dia mempunyai 4orang kakak, 2orang abang, seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan.
Dengan penuh rasa syukur mempunyai keluarga yang bahagia dalam kehidupannya, mengapa perlu mencari cinta dari yang asing? Begitulah soalan yang akan Liya ajukan kembali kepada mereka yang bertanya Liya kenapa dia tak pernah menerima cinta mana-mana lelaki. Sedangkan segalanya ALLAH telah berikan. Liya bahagia dengan kehidupannya, tambah lagi setelah mendapat tawaran ke menara gading impiannya sejak kecil.

1.Kerinduan
Liya melayari sebuah kehidupan yang normal di Universiti impiannya, walau kekadang merasa rindu kepada keluarga, terutama Ibu dan Ayah, kerana Liya tidak pernah berjauhan dengan mereka. Liya tidak pernah tinggal di asrama, apa lagi rumah sewa. Mungkin itu yang menyebabkan Liya bertambah rindu.

Pada suatu hari entah bagaimana Liya terasa ingin menghantar sepucuk surat kepada seorang jejaka, kerna pada Liya jejaka itu amat baik, dan manis. Liya amat terkejut apabila surat yang di hantarnya itu berbalas, seolah-olah ini satu mimpi indah bagi Liya. Almaklumlah, kali pertama menyapa jejaka yang tidak di kenali dan untuk pertama kali juga sapaan Liya di balas. Bagi Liya ini adalah satu anugerah.

Alhamdulillah ! gembiranya, muka Liya sejak akhir-akhir ini sungguh manis deq kerana anugerah buatnya.

Selang beberapa minggu Liya mendapat surat daripada jejaka itu mengatakan bahawa jejaka itu akan berkahwin, Liya amat gembira kerana Liya menganggap jejaka itu maksudkan Liya lah akan menjadi permaisuri jejaka itu, tapi malangnya Liya silap. Amat mengecewakan Liya apabila di beritahu bukanlah Nurul LiyaAida bt Abdullah yang akan menjadi suri hidup jejaka itu.

Liya terkejut, Liya sedih, diam tidak terkata, Liya tidak menceritakan kepada sesiapa, dan tidak akan menceritakan kepada sesiapa, biarlah kisah itu sebagai satu mimpi bagi Liya, apalagi untuk membalas surat maaf jejaka itu sememangnya jauh sekali. Liya sukar menerimanya.

2.Senyum redha menerima segala ketentuan.

Setelah beberapa hari, Liya merasakan yang dia perlu memaafkan jejaka itu walau sakit. Mustahil bagi Liya untuk berdiam diri, mana mungkin kerana hal ini menyebabkan Liya memutuskan silaturrahim, bukankah perkara yang amat di sukai Rasulullah itu menyambung silaturrahim. Jadi, andai memutuskan itu bagaimana?

Liya tersenyum setelah menanyakan soalan itu kepada diri sendiri, nekad untuk menulis sepucuk surat buat jejaka itu, sekali lagi Liya nekad. Walaubagaimanapun ini perlu, Liya mengatakan secara jujurnya, Liya memaafkan dan redha dengan semua yang berlaku. Sekurang-kurangnya Liya tenang dengan kata maafnya buat jejaka itu, biarpun masih ada bait-bait sedih.

Liya menerima segalanya dengan hati yang terbuka, bagi Liya jejaka itu memang telah di tetapkan oleh ALLAH bukan untuk Nurul LiyaAida, tambah Liya mungkin kerana Liya masih terlalu adik untuk bercinta dengan seorang insan. Selang beberapa bulan, Liya menerima kad jemputan ke majlis perkahwinan jejaka itu. Liya senyum, sambil berkata :

 “ cinta ini memang hanya cinta sedetik, akan tetapi Alhamdulillah, dengan cinta yang sedetik ini ku mengenal cinta abadi dari tuhanku, ALLAH yang Maha Penyayang. ”

Ibrah :

Percayalah, yakin lah, dengan mencintai ALLAH, dengan cinta NYA, dengan rasa cinta terhadapNYA, cinta kita kepada ALLAH itu dibalas, cinta kita kepada yang Maha Mencintai itu pasti di sapa, cinta kita kepada yang Maha Memahami itu pasti di rasa, bukan hanya kita yang bertepuk sebelah tangan. Cinta itu Cinta yang Hakiki, pasti Cinta itu di sambut ramah, di genggam erat, di belai mesra. Subhanallah, Maha Suci ALLAH, Dia yang Agung, DIA yang menganugerahkan cinta, DIA jugalah yang memegang perasaan cinta, DIA lebih berhak di Cintai. 
Kini ku bangkit, aku bukan lagi insan yang mengharap akan cinta manusia, aku bukan juga insan yang benar-benar mencintai manusia, kerana ku mula sedar, cinta manusia itu bukan semuanya membahagiakan, kerana cinta manusia itu terbatas, mencintai dan di cintai manusia itu pasti ada yang menghalang, kerana cinta itu di pegang oleh NYA, jadi, alangkah lebih baik andai cinta itu di berikan setulus hati, sepenuh rasa, buat DIA, Tuhan yang menganugerahkan cinta itu sendiri.

“Hasbunallah wani’mal wakil”
Disaat mengingatinya, aku mengucap kalimah itu, cukuplah bagiku ALLAH sebagai penolong. Bila di amati, aku menangis sendiri. Sungguh besar cinta ALLAH, sungguh ! Cinta ALLAH dan cinta manusia, mana yang lebih utama? Mesti lah cinta ALLAH yang Esa, ingin ku buktikan di sini bahawa cintaNYA amat besar untuk hambaNYA. Pertama, cintaNYA meliputi setiap RahmatNYA yang tanpa henti di kurniakan buat hambaNYA. Seterusnya, cintaNYA itu buat seluruh isi yang terdapat di sekalian alam. Mana mungkin kita bisa berdiri tanpa cintaNYA, mana mungkin seekor semut bisa mengangkat cebisan saki-baki biskut tanpa cintaNYA, mana mungkin aku bisa menaip setiap bait-bait kata ini tanpa Rahmat dariNYA. Subhanallah, Maha Suci ALLAH. Sesungguhnya, kami amat memerlukanMU. Kami lemah tanpaMU, dan semestinya kami tiada tanpa CINTAMU Ya ALLAH.. Betapa sucinya kasihMU Tuhan, betapa Agungnya kebesaranMU. Diri ini mengharapkan cintaMU, kekalkanlah rasa kehambaan kami Ya Tuhan. J
                             AND ALLAH ALWAYS BESIDE YOU..