Tuesday 30 April 2013

BuKAn SaTu tapi LebIH ^_^


Alhamdulillah..... masih bisa menghirup udara nyaman dan segar..  Yang paling gembira sekali kerana udara yang segar ini di beri tanpa kita perlu membayar, free of charges.. ^_^ baik nya ALLAH.. Penyayang nya Dia. Pemurah nya ALLAH.. tapi pelik kan, kenapa masih lagi ada mereka/golongan yang tidak bersyukur dengan apa yang Dia kurniakan, sedangkan semua di beri tanpa bayaran pom, tak perlu pom pergi bank, then, deposit some money for the oxygen.. tak perlu pom pergi ke pejabat pos, and bagitahu, En, saya nak bayar bil.Oxygen bulan lepas, bulan ni hutang dulu yer.. No,no.. tak perlu pom.. tapi, 

Allah kan berfirman dalam surah Al-Hujurat, ayat 11 ,

“Dan tidak Kami ciptakan manusia dan jin itu selain daripada beriman kepada ku”
 
Sebenarnya, disini nak cerita kisah kami masa mendaki Bukit Bendera. Dah lama berlalu, um.. bulan 2.. awal2 sem, PMIUSM telah menganjurkan program mendaki Bukit Bendera. Kami bertolak ke Bukit Bendera jam 8.30.. lewat kan? A,ah.. lewat, sebab pakcik bas merajuk dengan kami, menurut abang Farazi (ingat2 lupa nama abang tu), dia cakap dia deal dengan pak cik driver bas tu pukul 8, tapi, pak cik tuu datang awal, pukul 7.30 pak cik tuu dah sampai dekat padang kawad, so, macam lama lah pak cik tuu tunggu kami, sebab tuu la pak cik tuu merajuk, jap... Diri ini menulis blog ni bukan nak cerita sal pak cik tu yer.. Tapi, Moral value di sini, please taw... 1st of all, yes, kita kena punctual, even, su bukan lah seorang yang punctual, selalu lewat.. Lepas ni x mao dah lewat.. One more thing, for sure, elakkan diri kita untuk menunding jari pada orang lain, X...  ni bukan di tujukan pada pak cik driver tuu, tapi, ni untuk kita semua lah...  ^_^ k.. baik lah... sebab untuk ku post entry untuk kali ni adalah kerana Safiyyah.. siapa dia, hihi sahabat baru, mungkin boleh di kata kan begitu.. Safiyyah merupakan pelajar USM yang mengambil jurusan Pendidikan, Safiyyah sebenarnya salah seorang pelajar yang kurang upaya di USM, tapi, SubhanaAllah... semangat dia untuk mendaki Bukit Bendera sangat besar. Pada mula nya, abang faruzi ( xpasti betol ke x nama) tadi plan supaya Safiyyah naik kereta cable untuk ke puncak Bukit Bendera, tapi, tiba-tiba bila dah sampai di kaki Bukit Bendera tu, entah kenapa, Safiyyah nak mendaki bersama jugak, untuk pengetahuan kita semua, mendaki Bukit Bendera memakan masa selama 4jam, for sure, tanah tidak rata, berbukit-bukit, licin dan tiada “short cut”... tapi, fortunately, ada line celcom dan maxis sepanjang perjalanan kami... tapi, apa yang best... Hujan rahmat turun sebagai tanda selamat datang kepada kami... sebelum mendaki, Alhamdulillah, ALLAH mencucuri rahmatNYA ke atas kami...
Setelah selesai warming up, bermula lah perjalanan kami.. Pada mula nya, kami menaiki tangga. Safiyyah yang aku cerita kan tadi juga sama, naik tangga, kami sama-sama pimpin tangan  akak Safiyyah. Secara jujurnya, ya, aku amat bangga dengannya, begitu tinggi keyakinan dia pada ALLAH, yakin yang ALLAH ada untuk membantunya, yakin yang ALLAH akan memberi kekuatan padanya, SubhanALLAH.. Dalam perjalanan kami, kami lah kumpulan yang selalu di tinggal kan, hihi ^_^ macam tuu laaa, kan lambat kan.. orang yang lambat ni selalu saja di tinggal kan.. tak kira lah walau dalam apa jua situasi... tapi, ALLAH tak pernah tinggalkan kita..lambat atau cepatt.. ALLAH senantiasa ada... (sambung) pada mulanya, kami lambat, lepas tuu ada yang menunggu d hadapan, lambat lagi, masih lagi menunggu, tapi, oleh sebab masa pom dah agak lewat, mereka yang berada di hadapan di arahkan untuk meneruskan perjalanan.. kami yang berada ni belakang ni, masih meneruskan perjalanan... berkali-kali soalan yang sama kami tujukan kepada akak Safiyyah, “ akak x penat ke ni?” “akak okey ke ni?” , jawapan nya tetap sama, “Ok” , “ tak paa, masih boleh teruskan”.. akak Safiyyah macam biasa je, hmm... sampai di pertengahan jalan (atau mungkin bukan pertengahan) terdengar ada abang senior cakap, "huuhhh, penatnyaaa, kalau kita yang normal nii penat, tak tahu laa Safiyyah yang kurang upaya tuu macam mana" , hmm... betol tuu, amat benar sekali, tapi yang bagusnya, PMIUSM tak menolak pum hasrat akak Safiyyah untuk mendaki sama2, dan mereka menerima dengan hati yang terbuka, menerima dan berlapang dada.. (sambung) tak lupa kami jugak di datangi dengan motor2, entah ape nama motor tuu, yang pasti motor tuu tak da tempat duduk, jadi kami tak boleh nak tumpang.. dalam perjalanan kami, yang amat menyukarkan akak Safiyyah (bagi su laa, sebab nampak sangat mencabar di situ) masa nak menyeberangi jalan tuu, sebab ada balak (pokok besar) tumbang dan menghalang perjalanan kami, kami perlu melangkah dan memanjat pokok besar yang tumbang tuu, first bila tengok pokok tuu, tetiba hati berkata " Ya ALLAH, boleh ke akak Safiyyah nak naik ni." Alhamdulillah, semua nya selamat.. boleh...
setelah habis je menyeberang pokok tuu sekali lagi abang2 PMI menawarkan tawaran kepada akak Safiyyah untuk naik kenderaan buatan mereka.. iaitu :


ni abang tuutt.... ^_^ sangat baik..+ gagah dan perkasa. macam ni lah tentera ISLAM.... 


dan ini abang tiitttt... boleh di katakan sebagai panglima ISLAM... ^_^ bagiku mereka2 ni amat terbaik, menyayangi dan menghormati para wanita... 


macam ni lah, 'kenderaan buatan mereka' yang d maksudkan... 

berkali-kali akak Safiyyah tanya kat abang2 kuat, gagah + perkasa ni, "oke x?" , " Oke x?" , mereka jawab " Oke, bila lagi kan Safiyyah nak gunakan kami"... Subnallah... amat terasa masa tuu, baik nyaa mereka... setelah habis berjalan di hutan, kami perlu menaiki bukit yang berlantaikan jalan TAR pula, n yang pasti ianya berbukit, bila di katakan berbukit, maksud di sini adalah bukit yang tinggi... ^_^ nama lagi Bukit Bendera kan... kami teruskan perjalanan, akak Safiyyah masih dalam 'kenderaan buatan mereka'... sampai di tempat rata (maksud nya mendatar, bukan bukit) kami berhenti sebentar, masing2 penat... dalam hati ku, "hmm, kan bagus kalau ada sapa2 bagi kami tumpang.." TIBA-TIBA, ALHAMDULILLAH.... tiba-tiba, ada truck yang naik bukit tuu, mungkin pak cik tu nampak kami semua + akak Safiyyah senyum, heheh, pak cik tuu berhenti, tanya kami, "nak tumpang ke?" For Sure laah kami jawab nak... Then, kami pom naik laah truck tuu, subhanallah.. tak sangka, kami naik truck, ALLAH dengar luahan hati seorang hamba tadi, pada masa tuu, hamba tadi berpeluh, busuk, comot dan yang pasti masih belum solat Zohor, terima kasih ALLAH... kami YAKIN pada MU... amat YAKIN.... ni truck kami naik, masa naik truck tuu, hmm, jauh nyaa, kalau kami tak di tumpangkan oleh pak cik tuu, tak tahu lah agaknya jam berapa baru kami sampai...


Truck ni lah kami naik... Pak Cik bawak truck ni laju, ^_^ mungkin pak cik tuu nak kami cepat sampai.. (think +)


ucapan setinggi terima kasih kat Pak Cik tuu, and abang tuuttt ada bagi bayaran sikit kat Pak Cik truck, begitu lah, orang berbudi kita berbahasa... ^_^ 

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Alhamdulillahirobbilalamin .... Akhirnya, sampai jugak kami di puncak Bukit Bendera... betapa, banyak liku, mehnah tribulasi yang kami perlu rintangi, tapi di penghujungnya, sampai jugak... begitu lah sebenarnya... dalam BERDAKWAH pom... tak tipu, begitu banyak cabaran yang kita perlu rasa, tapi percayalah, di akhirnya, pasti nikmat kemanisan IMAN ituu dapat di rasa.. kerana itu memang janji PENCIPTA kita... kan? hihi... ni laa sedikit sebanyak yang boleh ku kongsikan bersama kalian semua, pengalaman mendaki yang pasti tidak dapat ku lupakan.... kerna bukan satu yang ku dapat situ, tapi lebih, banyak sangat yang dapat di peroleh, memahami antara satu sama lain, membantu antara satu sama lain, berkongsi antara satu sama lain.. dan membuka mata sesorang tentang betapa besarnya NIKMAT yang ALLAH kurniakan pada hambanya... ALHAMDULILLAH....


antara mereka yang menjayakan pengdakian BUKIT BENDERA... bagi ku, kami lah yang paling berjaya.... ^_^


macam-macam... PMIUSM terbaik....

itu salah perkongsian daripada ku hamba ALLAH yang tak seberapa ni... ^_^ semoga saja program ni bawa impak yang positif, dan yang paling penting, salah satu asbab kita untuk ke SYURGA ALLAH nanti... SUBHANALLAH.... INSYAALLAH.... janji ALLAH itu pasti... 

dan ini, akak Safiyyah bersama teman setia, yang teramat setia, akak tottt..

TERIMA KASIH ALLAH, TERIMA KASIH PMIUSM....

Monday 29 April 2013

SeRinGgiT , PrinTer dan Lab RePorT


SubahanAllah... 
Ianya bermula di bilik...
" Ya Allah, ayuu, tak payah laaa" jerit aku kat Ayu...
Ayu dah pom beredar dari bilik ku.. pagi2 lagi Ayu ke bilik ku, untuk print gambar untuk projek bahasanya.. setelah selesai print, Ayu tinggal RM1 di atas meja ku, tanpa memberitahu ku, heheh, Ayu, Ayu.... aku gelak sendiri, dan berkata, mungkin ada hikmahnya, pasti ada hikmahnya... Lalu ku ambil duit kertas itu dan letakkannya di dalam pencil box ku yang besar... pagi ini aku ada kelas jam 10-11-12, setelah siapkan lab report, aku terus bersiap untuk ke kelas, agak rushing jugak... biasa lah.. dengan keadaan yang mengantuk, dan kepenatan.. tapi, bagi ku tidak mengapa... walau apa yang aku lalui, aku dah berkata pada diri ku, aku tetap akan tersenyum.. kerna pasti senantiasa ada yang membantu ku.. aku dan roomate bergegas ke kelas (DK A).. Lorhh... masuk2 kelas... aku pelik, kenapa gelap, tak bukak suis lampu ke, Ya Allah... apepom, Alhamdulillah, sejuk, terasa air-cond.. ^_^ hehe , macam biasa, aku akan pilih tempat di depan.. (memang style kot macam tu..)
 ohoho... okey... dah habis kelas... kami belajar dalam keadaan gelap pagi tu... tidak mengapa... setelah tu, sambung kelas lagi dengan tutor.. belajar macam biasa, kena buat presentation semua... oke... setelah habis tutor.. bermula lah, kisah daripada tajuk ini... aku ke karnival TOT... ingat nak beli makanan.. Then, nampak ada pak cik jual kek, pada masa tu aku sorang dah, sebab roomate aku pergi makan dekat Fajar.. Aku tak ikut.. okey.. nak beli kek lah, aku pom pergi laa ke gerai pak cik tuu, " Nak beli kek apa diq? Pilih laa, 2 , 5 ringgit.. " Aku pom fikir lah, umm... nak beli 2 lah.. nanti boleh makan dengan Zira.. Then, aku cakap kat pak cik tuu, " Jap yer cik, nak ambik purse" ... SubahanAllah... aku tak bawak purse rupanya... okey... tak pa lah... " Tak paa lah cik, saya datang lain kali yer..." sedih nyaa masa tuu... tetiba aku teringat dekat mereka2 yang tiada duit, TIADA , bukan tertinggal atau lupa bawak bag duit, tapi TIADA.. hmm.. mesti banyak makanan yang mereka nak makan, tapi, tidak kesampaian..
Jam dah dekat pukul 2... eh, kena pergi print Lab Report nih.. Lewat dah.. " Ya Allah, aku tak bawak purse, macam mana nak print ni...?" , " Ya Allah, bantu lah hambaMu ni..." Masa tuu aku sedih sangat... takda duit, nak print Lab report... macam mana aku nak hantar nanti... Tetiba aku teringat akan duit yang Ayu bagi tadi... SubahanAllah.... aku dah dapat lihat dah hikmah tadi... terimakasih Ya Allah... Alhamdulillah... dengan SeRinGgit tuu aku pergi print, lab report habis RM 0.40... Okey, ada 60sen lagi... Lapar laaa, sekarang dah dekat jam 2, tak makan lagi dari pagi... aku pom menuju ke kafe siswa, ingat nak beli kueh, setahu aku ada kueh yang harga 60sen, jadi aku pergi ke kafe n ambil Roti Sardin, masukkan dalam plastik, dengan 60sen di tangan, aku tanya mak cik kat kaunter kafe tuu, " Ni berapa cik?" , aku sengaja tanya, padahal, aku tahu, kueh tu 60sen, then mak cik tu jawab, " 70sen dik" hah??? 70sen... macam mana nii.. aku ada 60sen je, " ouhh ye ke, bukan 60sen yer ciq? " mak cik tuu jawab " ouh, dah lama naik dik.." , "umm, ye ke cik, xpa lah, saya letak balik lah, saya ada 60sen je cik" , " eh, xpaa, ambil lah diq" , "umm... oke cik, nanti saya bayar lain kali yer.." , mak cik tuu jawab, "ehh, xpaa laa dik, halal, mak cik halal kan" , subahanAllah... Maha suci Allah... hm... Alhamdulillah.. " terima kasih cik.. terima kasih banyak2" ... begitu lah cerita nya.. aku pom, terus ke Lab 200, terserempak dengan Najidah, kami jalan sekali.... sampai depan Lab, ada kak Yana, aku duduk atas kerusi, nak makan duluu roti kat situu, " kak Yana nak Roti?" , "Eh, xpaa lah, ni haa, Kak Yana dah beli goreng pisang dah.." then, kak Yana pom tanya aku, " Su nak air soyaa?" , " ouh.. ah.. boleh... " petang itu, aku lunch laa dengan Roti Sardin dan Air Soya... ^_^  nampak x? .... Rezeki kita Allah dah tetapkan... segala nya, DIA dah atur.... sebab tuu kita PERLU senantiasa Yakin dengan NYA.... sentiasa dan ingin sentiasa YAKIN PADA NYA......terima kasih untuk semua... Allah itu Maha mengetahui, dari awal hingga akhir, dari mula, hingga habis... itu saja lah daripada ku... hanya kalimah Alhamdulillah ingin ku ucapkan...

Kami Sayang Rasulullah... so, ALLAH sayang kami... 

WE LOVE PALESTINAs.....n SYRIANs.... pray for their peaceful...

Sunday 21 April 2013

bagI nya MeMang BegIni.. Bagi Ku.. MustAhil...


Alhamdulillah.... sudah biasa begini, jadi hanya buat-buat tenang... sedangkan memang hati itu sedikit (umm..mungkin sedikit) terhiris... tapi, perasaan itu di pendam sendiri... seorang yang terluka lebih baik, kerna tiada apa-apa manfaat pom untuk  kita apabila kita melukakan semula hati orang yang melukakan itu..
Ng Woen Ching (calon best debator tiba2 menyelit ideanya) :
dan pada keadaan kesedihan itu tidak dikongsikan kepada yang lain, maka saya lihat kesedihan yang ditanggung oleh seseorang adalah lebih baik daripada dua orang, ini seterusnya membuktikan usul kita pada hari ini, iaitu 1 lebih baik daripada 2.
PM ( 1st debator):
Hujan apabila turun, tanah yang menerima berubah lembut,
Dipijak dengan kaki tenggelam, meresap semua perasaan dan harapan,
Sahabat, jadilah air sungai, mengalir di celah-celah batu mahupun sungai yang berliku,
Tetap meneruskan perjalanan kitarannya, sebagai air,
Begitulah manusia, kita lahir sebagai manusia, hidup sebagai manusia, mati sebagai manusia.
Janganlah diharap mati sebagai rumput, habis kering dipijak manusia.
                                                                                                                                Aidan(my writer name), 10:17, puma, engineering campus
P:s inilah bingkisan kalam sebagai hadiah buat sahabatku sue, semoga kita menjadi air, tenang dan terus tenang. Allahumma Ameen!
Huhu.. macam-macam mereka...
Terima kasih nadia..
Itu saja lah rasanya... hmm... terima kasih sahabat su sayang... ^_^
Alhamdulillah....

Saturday 20 April 2013

Kayu Ukur itu leBih baik PosiTif..


Alhamdulillah... terima kasih sahabat sayangku... kini ku sedar, mungkin kita semua tak pernah bersyukur dengan kehadiran sahabat kita. Tapi, percayalah dengan ada mereka di sisi.. kita menjadi lebih kuat, yakin, bersemangat... Tapi AWAAS>>>>> sahabat itu terlalu tinggi pengaruhnya... semoga sahabat yang kita miliki sekarang adalah sahabat yang boleh bawa kita ke arah kebaikan... Bukan.. Bukan..... Bukan memilih.. tapi, berwaspada... kita boleh saja bersahabat dengan sesiapa sahaja... sebab tuu ALLAH ciptakan manusia ini dari pelbagai rupa, warna, sikap, sifat... macam2 berbeza kan? itu semua adalah untuk kita berkenal kenalan... ^_^  JOM, Jalan Orang Mukmin....  By the way, baru je abis kem... KEM Motivasi STPM Peringkat Negeri Kelantan... 


semoga saja adik-adik semua mendapat mesej yang abang2 n kakak2 faci sampaikan... semoga ia membantu adik-adik, tak kisah lah dalam jangka masa sekarang atau in the future.. yang penting, ambil lah apa yang baik itu sebagai satu contoh dan teladan kepada adik-adik... 

pesanan akak... cuba untuk memahami setiap perkara... jangan mudah menghukum dan menilai ia dari kaca mata sahaja, tetapi gunakan kayu ukur yang hanya ada 'sign' positive supaya nilai yang adik-adik dapat juga adalah nilai yang positif.... akak sayang adik-adik semua... semoga saja semua ni akan dapat menjejak ke IPTA yang di idamkan... jangan nakal... study smart...

Monday 1 April 2013

Memang BeGitu..

Entah mengapa.. tiba-tiba terasa seperti ingin berkongsi dialog yang tidak sengaja 
ku dengar semasa keluar dari DK setelah selesai Lecture BOI104.. lebih kurang 
begini... " yaa aku taw, usrah, usrah tuu apa?? macam mana??".. seolah2 sahabat 
nya sedang mengajaknya untuk join usrah bersamanya... hm..sebenarnya, ingin ku 
ringkaskan saja apa yang ingin ku taip, kerna.. banyak assignment yg perlu ku siapkan
 weekend ni... tapi, ingin sekali ku ulang kata2 senior PMIUSM kepada kami... 
Beliau sering bagitaw kami yang jalan dakwah itu sukar... memang sejak dari zaman 
dahulu lagi, sememangnya jalan dakwah itu sukar, tapi, yakinlah bahawa..
 sebalik kesukaran itu ada kemudahan.. ingat surah apa?? Al-Insyirah, Allah membuat 
repetition di situ, "Sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan, dan sesungguhnya sesudah  kesukaran itu ada kemudahan.." betapa ALLAH ingin memberi semangat 
kepada kita, supaya jangan berputus asa.... 
^_^ um...yang pasal dialog tuu.. tak taw lah macam mana pengakhirannya... 
semoga sahabat tuu join lah usrah..^_^ huu... Apepom, fahamilah/mengertilah/terimalah 
bahawa jalan dakwah itu sukar, kekadang kita akan merasakan diri kita tersangat asing... kekadang juga merasakan diri kita tiada yang pandang... kekadang merasakan kita keseorangan.. Tapi, InsyaALLAH.... percaya atau tidak, bukan begitu kita pada ALLAH..
 bukan begitu kita pada mata ALLAH, bukan begitu nilainya  kita di hadapan ALLAH.. InsyaAllah, di mataNYA, kita tersangat tinggi, kerna, kita kan sedang menolong agama ALLAH.. 

ALLAH berfirman : 

" Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) ALLAH, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukan mu

                                                                                                  (surah Muhammad 47 : 7)

orang mukmin di sini = kita semua...

Bagiku sahabat di atas tu sedang menolong agama ALLAH, ^_^ semoga saja ALLAH 
membalas niat kebaikannya... bukan bersahaja ku kongsikan cerita ini, ini adalah 
sebagai satu contoh, kerna menipu lah andai aku mengatakan yang aku tidak pernah
 di uji seperti ini.. sedih bila niat kita untuk mengajak sahabat itu ke arah kebaikan, 
tapi di salah erti dan tidak di ertikan(di endah). Tapi, andai ada sahabat yang sentiasa
 bersama2 kita ke majlis2 ilmu, mendokong kita bila kita ingin lakukan sesuatu, 
memberi nasihat yang membina kepada kita... SubhanaAllah... gembira nya...
 kerana memahami setiap perlakuan kita... senantiasa bersangka baik (khusnuzhan)
 terhadap kita.... InsyaALLAH... akan kita temui yang sebegitu, kerana jika sekarang
 kita sedang temui yang sebaliknya, InsyaALLAH, tak mustahil untuk kita temui
 teman sebegitu selepas ni.. kerana..... sesungguhnya, segala di bumi dan di langit ini 
adalah berpasang-pasangan... 
Kerna ku yakin..... yakin dengan seyakin-yakinnya ^_^

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sama-sama doakan untuk PALESTINAs dan SYIRIANs ... doakan keamanan mereka... Aminnn...