Sunday 22 March 2015

HAKIKAT pada MELAYU

Memudahkan pemahaman kita manusia yang akalnya terbatas…
Aku merasakan penulisan ini perlu, jadi aku memilih untuk menulis..
Tentang apa? Tentang Melayu, Yaaa, Melayu melayu…
Dengan harap Melayu bangkit dan tidak melayu lagi….
Harapan BESAR setiap insan yang punya AGENDA BESAR untuk Islam di Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian pembaca…

Hakikat :

Apabila wujudnya satu bangsa yang kuat serta beriman dengan risalah Islam,
Ini adalah sebagai titik permulaan,
 langkah pertama ke arah penegakkan agenda Islam yang menyeluruh.
Sejarah dahulu membuktikan bahawa bangsa kuasa-kuasa Islam 
adalah di tunjangi oleh sebuah bangsa yang kuat. 
Tanpa bangsa yang kuat mendokong risalah Islam, 
agenda umat tidak mungkin akan di tegakkan.

ISLAM lemah di Tanah Arab kerana bangsa Arab lemah

ISLAM lemah di Bumi Turki kerana bangsa Turki lemah

Sudah tentu,

ISLAM lemah di Tanah Melayu kerana bangsa Melayu lemah.

Dan begitulah seterusnya…

Percaya atau tidak mahu percaya, kepercayaan bagi hakikat ini amat perlu.

Sebelum Rasulullah di utuskan untuk membawa risalah Islam. 
Allah s.w.t telah memilih Bani Israel sebagai kaum yang membawa risalah Islam. 
Akan tetapi, Bani Israel mengkhianati amanah yang telah diberikan. 
Allah memilih bangsa Arab untuk memikul amanah kepimpinan Islam,
 dan mereka melaksanakan tanggungjawabnya selama sembilan kurun 
Islam berada di bawah kepimpinan Arab. Kemudian Arab menjadi lemah, 
kepimpinan Islam setelah itu beralih kepada bangsa Turki/Saljuk. 
Mereka memimpin selama lima kurun sehingga mereka lemah dan kalah.

Tidak lupa juga,

Bangsa Melayu pernah memimpin Islam di rantau ini selama 200 tahun
 sehingga mereka di kalahkan oleh penjajah Portugis dan menerima 
untuk bernaung di bawah kuasa penjajahan Barat. 
Demikian kepimpinan berpindah tangan silih berganti dari satu bangsa ke satu bangsa.

Dalam surah Muhammad, ayat 38  Allah berfirman ;

“Dan jika kamu berpaling, Allah akan menggantikan kamu dengan yang lain, kemudian mereka tidak menjadi seperti kamu.”

Oleh itu, untuk menjayakan AGENDA Islam yang BESAR hendaklah 
bermula dengan membangunkan sebuah bangsa yang kuat. 
Inilah agenda yang patut kita bersatu di atasnya. 
Hari ini, oleh sebab AGENDA ini hilang, ghaib dari pemikiran, 
kita bergaduh, berpecah dan berpatah arang, lalu jadilah kita umat yang di politikkan (musayyasah) 
dan berjuang hanya untuk merealisasikan agenda orang lain.

Sekian, wassalam…

-Pemikiran al-Banna dalam Melakar Agenda Bangsa-