Wednesday 4 November 2015

Vakcin Tarbiyah vs Detergen Jahiliyyah

Aku melihat masyarakat sekarang seolah-olah tidak punya tujuan hidup.
Bersembang tentang sesuatu yang tidak bermanfaat, 
berfikir tentang sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada diri dan ummah...
Sungguh, aku pelik... 
Dalam keadaan itu ada lagi yang masih menolak untuk ditarbiyah. 
Dalam keadaan seperti itu, masih ada yang tidak ingin ditarbiyah, 
tidak ingin dibentuk supaya menjadi seorang manusia yang benar-benar tahu tujuan hidup.


Sakit! Sakitnya tuhh di dalam hati!
Sedih! Sedih mengenangkan masalah ummah sekarang.
Tidak sedar mereka sedang hanyut di dalam lautan kelalaian dan kealpaan.
Dalam keadaan hanyut, mereka terhantuk dengan batu-batu tarbiyah... 
Namun, hantukan itu tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka.
kerana diri mereka sudah sebati dengan hidup sebegitu... 
Sensetiviti hati mereka telah hilang, dibasuh oleh detergen-detergen (pencuci) jahiliyyah.

Huhhhh..... Sakit. 
Ubatnya mana???

Satu ubat sahaja, kembali kepada sistem Islam yang sebenar.
Dakwah perlu diteruskan! Usaha dakwah perlu digembleng bersama.
Sebagaimana Rasulullah berdakwah untuk menangkis Jahiliyyah pada zaman Baginda.
Begitulah usaha yang diperlukan pada zaman ini...

Ummah sedang tenat!
Mereka perlukan vakcin-vakcin Tarbiyah.