Thursday 27 September 2012

KEnaPA?? ApA?? UnTuK APa??

kenapa menulis blog?? macam tiada apa2 faedah pom..
bukan dapat duit...elaun or gaji memang sah lah tak akan dapat...
 so,kenapa saya menulis??huhu =)
sebab saya nak sampaikan sesuatu mesej yang baik dan
 bermanfaat kepada kawan2 n semua pengguna internet...
 iyaa...betol... tidak dapat duit or elaun pom...n memang tak akan dapat pom...
huhu =) tapi kita kena ingat...setiap amalan kita...perbuatan kita...
sentiasa di perhatikan... di perhatikan oleh siapa??
 Oleh Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Meneliti....
 kita selalu cakap uh..benda ni tak yah buat..tak dapat apa2 pom..
benda tu tak yah join.. tak siapa yang kisah pom..
Ayuh.... kita cuba lihat balik.... apa benda ni,benda tu yang kita cakap tak dapat apa2
 n tak siapa yang kisah tuu... betol ke tak dapat apa2??
 betol ke tak ada siapa yang kisah?? Sayangg..... 
Andai tak dapat apa2 n tak ada siapa yang kisah..untuk apa kita di sini...
 di dunia ini.... pernah tak dengar ni.. setiap amalan itu bergantung kepada niat..
jika niat nya kerana Allah dan rasulnya..maka amalan nya
 akan kembali kepada Allah dan rasulnya..jika niat hanya untuk 
dunia yang di kejarnya..maka,itulah jua akan kembali kepadanya...
 sebagai konklusinya....hehe =) jawapan kepada kenapa menulis blog tuu..
sebab saya menulis keranaNYA...kerana SYURGANYA..kerana
 inginkan redhaNYA...kerana terlalu cinta akanNYA...dan kerana saya
 seorang pelajar...yang ingin juga berbakti kepada agamaNYA... kerana
 merasakan diri ini terlalu kecil jika dan memang tidak mampu di bandingkan
 dengan mereka2 yang berjihad di jalan Allah...
jadi....perbanyakkan lah amar makruf nahi mungkar dan.....
join lah usrah....




Sunday 23 September 2012

HiDUp MAnuSIA PenUh DENgAn PErjUAngAn..

Aku bersumpah dengan negeri ini (Mekah)..
Dan engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri (Mekah) ini (sentiasa di tindas)..
Dan demi (pertalian) bapa dan anaknya.
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.
Apakah dia (manusia) itu mengira bahawa tidak ada sesuatu pun yang berkuasa atasnya?
Dia mengatakan : "Aku telah menghabiskan harta yang banyak ."
Apakah dia mengira bahawa tidak ada sesuatu pun yang melihatnya?
Bukankah Kami telah menjadikan untuknya sepasang mata.
Dan lidah dan sepasang bibir?
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan keluar.
Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki dan sukar?
Dan tahukah kamu apakah jalan yang mendaki dan sukar?
(iaitu) melepasskan hamba sahaya.
Atau memberi makan pada hari terjadinya kelaparan.
(Kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat.
Atau orang miskin yang sangat fakir.
Kemudian dia termasuk orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar
 dan saling berpesan untuk berkasih sayang.
Mereka (orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan.
Dan orang2 yang kafir kepada ayat2 Kami,mereka itu adalah golongan kiri.
Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat.


Wednesday 19 September 2012

Kekadang bukan bermakna jejarang..

"sudah 2kali saya pergi interview untuk dapatkan jawatan dalam program itu dan ini...
tapi satu pum tak dapat..." ziera mengadu pada roomatenya,dengan nada yang teramat 
kecewa dan sedih..... (-.-)


pernah tak kita terfikir kenapa kita rasa begitu kecewa bila tidak mendapatkan apa yang 
kita impikan??
jika pernah kenapa kita perlu mengeluh...seakan marah dengan apa yang sudah berlaku..
sedangkan ia bukanlah hak kita...kita bukanlah sebagai penentu... kita hanya pelakon..

bila kita fikir balik.. ada hikmah di sebalik apa yang kita lalui.. di sebalik apa yang kita
tempuhi.. kita pernah pada suatu ketika mengimpikan untuk berjaya dalam SPM dan menyambung pengajian dekat pusat pengajian yang kita idamkan...tapi sayangnya...SPM kita tidak 'secantik' yang kita impikan..

  kita sedih..kita kecewa...

tapi...sekarang...tengok...siapakah kitaa...?

Allah itu tidak memberi apa yang kita mahukan...
tapi menghulurkan apa yang kita sepatutnya dapat...
bersyukurlah..sekurang-kurangnya...anda ada,dan anda dapat...

berharaplah pada Allah...mengadu lah padaNya...
jadikan Allah sebagai kekasih kita...kerana Allah Maha Penyayang dan amat sayang
 akan hambanya... iaitu..kita semua..




Tuesday 18 September 2012

ToRchLight Hidup

sesungguhnya Allah sentiasa dan senantiasa membuka pintu taubat untuk kita..

 tidak pernah di tutup walau sesaat pum.. Tapi mengapa kita mnyukarkan diri

 kita untuk minta taubat dariNya.. ? Allah maha pengampun dan maha Penyayang...

 Bukti?? Adaa...


setelah kita melakukan dosa.. dan kita minta ampun dariNya..

 Allah mengampuni dosa kita... dan sekali lagi kita terjerumus dalam dosa....

 dan kita meminta ampun dariNya.. begitulah jua Allah mengampuni dosa kita.. 

Pintu taubat sentiasa terbuka luas... Pada kita,di tangan kita,samaada memilih untuk

 bertaubat dan kembali ke jalan Allah... atau.. Masih dengan diri kita yang hidup 

dalam kegelapan sedangkan masih ada tempat dan kesempatan untuk 'membeli'

 torchlight.. insyaAllah..