Friday 27 December 2013

.Khutbah Jumaat Terakhir 2013.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… ^_^
Tanpa kita sedar atau dengan kita sedar, 
telah berakhir hari jumaat terakhir kita pada tahun ini.
Astaghfirullahal'azim..
Pantasnya masa berlalu.
Tahun ini 2013, banyak yang telah di lalui, pahit duka, manis senyuman, riang ketawa.
Segalanya telah menjadi satu kenangan.
Pahit atau manis, apabila di kenang, ia tetap membuatkan diri tersenyum.
Seolah-olah segala yang di lalui adalah manis.
Alhamdulillah. 
Terasa bahagia,
 kerana di beri kesempatan untuk mendengar khutbah Jumaat pada hari ini.
Tajuk hari ini adalah “Muhasabah Diri”
Muhasabah itu terbahagi kepada tiga elemen,

1)      Modal, 
yakni perkara-perkara wajib yang telah di tetapkan oleh Allah (sunnatullah)
-Solat Lima Waktu,
-Berpuasa di bulan Ramadhan,
-Memberi Zakat,
-Menunaikan Haji
-Menutup Aurat
-Menjaga Kehormatan Diri
-Menjaga Kedua Ibu Bapa,
Dan lain-lain yang di perintahkan oleh Allah.
Ia di jadikan sebagai modal untuk kita meneruskan perniagaan di atas Bumi Allah.

2)      Untung, 
yakni perkara-perkara sunat yang mana tak ramai dalam kalangan kita melakukannya. 
Mungkin hanya 10 daripada 1000 insan. 
Amat ketara kan jaraknya? 
Yaa, that’s why ia di gelar sebagai keuntungan. 

"semua layak untuk beroleh keuntungan, tetapi tak semua mahu mengambilnya"

Ganjaran yang kita dapat daripada apa yang kita lakukan. 
Banyak perkara sunat :
-Solat sunat sebelum & selepas solat fardhu,
-Puasa sunat,
-Mandi Sunat,
dan banyak-banyak-banyak.
Di samping itu, lakukan Amalan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Allah Taala berfirman:
 "Katakanlah (Wahai Muhammad):  
Sekiranya kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku (Muhammad) 
nescaya Allah akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian. 
Dan Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani".
(3: 31)

Daripada kalam cintaNya itu, bukan setakat keuntungan sahaja yang kita dapat, 
malah bonus++ lagi.
Bonus jika ikut Rasulullah, maka Allah akan mencintai kita,
Allah akan mengampuni dosa-dosa kita.
Subhanallah. 

3)      Rugi, 
yakni kemaksiatan yang di lakukan.
-membuka aurat,
-mengumpat, menghina, membenci, mencaci, membuka aib,
-banyak-banyak-banyak, dengan tanpa sedar, kita lakukan.
 Astaghfirullah.
Sesungguhnya, kami memohon keampunan dariMu ya Allah.
 Minta ianya jauh daripada kita, keluarga kita, saudara kita,
sahabat kita, teman kita, kekasih kita.

kekadang kita asyik dengan dunia sehinggakan lupa,
Ada yang sedang mencatat, ada yang sedang menghitung & mengira
setiap gerak kerja yang di lakukan.
Moga setiap yang di lakukan mendapat Redha Allah.
Rugi apabila kita tidak melakukan elemen 1 & 2 tetapi banyak melakukan elemen 3.
Rugi juga andai kita melakukan elemen 1 & 2 tetapi masih melakukan elemen 3.
Tak nak kan?
 Tak nak. Tak nak. Tak nak.

Wahai sayang.
Setiap yang berlaku, segalanya berhikmah. 
Semoga Allah tunjukkan pada kita akan hikmahnya.

Kisah ku&dia : 
Seorang sahabat mengadu kepada ku, dia entah mengapa sedang  membenci seseorang. Astaghfirullahal'azim. 
Sesungguhnya, kami memohon keampunan daripadaMu ya Allah. 
Semoga dalam hati kita tiada sifat itu, sifat benci terhadap saudara sendiri. 
(setiap muslim dengan muslim yang lain itu bersaudara, 
setiap insan dengan insan yang lain itu bersaudara, 
setiap manusia dengan manusia yang lain itu adalah saudara). 
Bagaimana kita boleh membenci seseorang 
sedangkan diri kita belum di tentukan lagi 
samaada tempat terakhir kita di syurga atau tidak? 
Bagaimana kita boleh membenci seseorang 
sedang diri kita banyak kekurangan, 
entah solat kita sehari semalam yang di lakukan itu Allah terima atau tidak? 
Andai kita seorang yang berlapang dada orangnya, 
bukan seorang yang sombong, angkuh, berlagak 
dan tidak memandang serong kepada insan lain. 
Pasti sifat benci tu sukar untuk bersarang di hati. 
Jika benar nak membenci.
 Boleh. 
Benci kerana Allah. 
Bagaimana benci kerana Allah? 
Benci dosa yang di lakukannya, benci maksiat yang di lakukannya. 
Jika insan yang di benci itu seorang penggemar melakukan maksiat. 
Andai tidak?? Andai tidak, digest lah hadith ni baik-baik sayang… 
Jangan sampai Allah tak ampunkan dosa kita kerana kebencian kita pada seseorang. Na’uzubillahi mizalik.

Hadith Rasulullah :

"Ditunjukkan setiap amalan itu kepada Allah oleh kalangan malaikat2 pada hari Isnin dan Khamis. Lalu Allah memberikan pengampunan kepada setiap orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, melainkan (Allah tidak mengampuni) seseorang yang antara dirinya dan saudaranya ada rasa kebencian (dalam hati).  Lalu Allah berfirman: "Tinggalkanlah orang ini, yakni jangan dihapuskan dosanya sehingga mereka berdamai semula." - (Riwayat Muslim)


Jadi, kepada yang membenci. Maafkan lah dia jika dia bersalah. 
Andai kamu sendiri tidak tahu apa kesalahannya padamu, maka, minta ampun pada Allah. 
Boleh jadi Allah telah titiskan dalam hati mu perasaan benci itu. 
Jangan sampai benci itu membinasakan mu. Sayang.


Semaikan niat dalam hati, lepas ni, aku akan mulakan :
Amar ma'ruf, nahi munkar.
kerana 

"Demi masa, 
sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,
melainkan orang-orang yang beriman & beramal soleh,
dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran & kesabaran."
(103:1-3)



                                                                                            Yang Mencintaimu Kerana Allah.

2 comments:

  1. wahhh...this is an awesome post...
    i love it... really..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^_^ Alhamdulillah sayang...
      Allah bg peluang su dengar.
      lepas kawen, suruh suami lak cerita.

      Delete