Tuesday 6 December 2016

Himmah Aliyah - Daie Penyambung Risalah Rasulullah


Cita-cita suci akan tercapai apabila ketinggian niat diiringi ketinggian himmah (semangat).
Ada beberapa cara untuk mencapai ketinggian himmah yang telah digariskan oleh Ibnu Qayyim :

1. Niat yg ikhlas
Jangan melakukan sesuatu melainkan niat kerana Allah. 
Umar b. Abdul Aziz, berkata. Apabila ketinggian niat dan ketinggian kehendak seiring. Aku mendapat ketinggian di dunia, iaitu kuasa. Dan mendapat ketinggian di akhirat, iaitu syurga.

2. Sedar 
Kenali diri dan tahu pentas diri di mana.
Jangan terlalu merendah diri sehingga takut untuk mencuba sesuatu. Apabila sedar akan kekurangan yang dimiliki, cuba untuk perbaiki dan jadi yang lebih baik. Jangan pernah selesa di tempat yang sama. Selesalah apabila kita semakin baik dan semakin membaik.

3. Duduk bersama orang yang ada himmah!
Duduk secara berkelompok. Berjemaah! Bercerita tentang sesuatu yg membina semangat. 
Tinggalkan orang yang menjatuhkan dan tiada himmah yang tinggi. 

Himmah, passion for a very long term.

Kita semua #pemimpin. Kita semua #daie.
Seorang daie perlu memiliki dan mengamalkan ketiga-tiga yang di atas. Seorang daie perlu jelas dengan niatnya. Seorang daie perlu sedar akan tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikulnya. Seorang daie perlu memiliki kefahaman yang sebenar dan semangat yang tinggi dalam membawa risalah Nabi. Sungguh ! Beruntunglah bagi kita yang menjadi penyambung dakwah Rasulullah. Yakinlah, Allah akan memberi kemenangan kepada Islam. Satu pengiktirafan dari Allah, kerana memilih kita untuk bersama-sama menjadi hamba yang berusaha untuk mencapai kemenangan ini... Allah. Alhamdulillah. 

"Sekuat-kuat jahiliyah, akan tetap mereput lambat laun di depan prinsip yang utuh. Masyarakat berprinsip, pendirian diam-diam ubinya pasti menyebabkan penguasa hipokrit berputih mata. Senyap membuat perkiraan, mengukur kekuatan, mengatur perancangan, menunggu tiba masa yang sesuai untuk menjatuhkan hukuman, tanpa ada musuh yang mengambil kesempatan." - Ustaz Hazizi A.Rahman


Wednesday 22 June 2016

Akhwat Fillah

Beberapa hari lepas ada akhwat cakap ana mental.
Ana thiqah jaa dengan enti..
Ish ish ish...



Akhwat fillah semuanya sangat unik sebenarnya.
Macam-macam perangai ada, macam-macam karenah. Ada yg panas baran, yg degil, ada juga yg tak suka mengalah, ada lembut, ada yg kasar, ada prihatin. Ada yg kering. Ada yg basah. Ada yg entah apa-apa.

Tapi. Dalam perjalanan ini.
Nak tak nak kita kena berusaha untuk mencari titik kebersamaan dengan akhwat.

Ukhuwah sangat penting.
Ya.. Untuk saling menguat dan mengingat.

InsyaAllah.
Jalan yang ditempuh akan dirasa lebih ringan dan tenang.

Kepercayaan antara akhwat sangat penting. Dalam mencari mardhatillah. Saling percaya, saling bekerja.

Ramai antara kita sukar menerima teguran. Dan, ramai juga antara kita sukar memberi teguran. 
Keduanya adalah satu perintah dari Allah.

Amar makruf nahi munkar.

Sahabat itu memberitahu apabila terlupa.
Mengingatkan apabila terleka.
Memberi nasihat dikala memerlukan.
Berlapang dada dikala berselisihan.

Bukanlah sahabat andai tidak mampu memberi teguran. Bukanlah sahabat andai tidak mampu menerima teguran. Sahabat bukan diukur sejauh mana dia memberi sokongan kepada mu. Namun sahabat diukur, sajauh mana dia mampu membawa mu kepada Allah. Sejauh mana sahabat mu mampu membawa mu ke syurga. Sejauh mana akhwat?

Ana uhibbuki fillah.
Jazakumullahu khairan kathira akhwat.
Allahhummagh fighli zanbi wali ukhti.

Friday 29 January 2016

10 KEPERIBADIAN UNGGUL MAMPU MILIK


1. KETULUSAN

Ketulusan membuat orang lain yang bersama dengannya merasa aman dan dihargai kerana yakin tidak akan dipermain atau dibohongi.

2. KERENDAHAN HATI

Kerendahan hati bukti kekuatan seseorang. Hanya orang yang kuat jiwanya yang mampu bersikap rendah hati. Orang yang rendah hati mampu mengakui dan menghargai kelebihan dan keunggulan yang ada pada orang lain.

3. KESETIAAN

Kesetiaan amat tinggi harga dan nilainya. Orang yang setia sudah tentu mendapat kepercayaan, pada masa yang sama orang mampu meletakkan keyakinan kepada mereka. Dia akan sentiasa berusaha untuk menepati janji, punya komitmen yang kuat, rela berkorban dan bukanlah seorang yang khianat.

4. 'POSITIVE THINKING'

Orang yang bersikap positif selalu berusaha melihat segala sesuatu dari kacamata positif. Malah, masih mampu bersikap positif walau sedang berhadapan dengan situasi yang tidak atau kurang baik.

5. KECERIAAN

Orang yang ceria adalah orang yang bisa menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia punya potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

6. BERTANGGUNGJAWAB

Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajibannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya.

7. PERCAYA DIRI

Memungkinkan seseorang menerima dirinya sebagaimana adanya, menghargai dirinya dan menghargai orang lain.

8. KEBESARAN JIWA

Dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Orang yang besar jiwa juga punya matlamat, agenda yang jelas, pada masa yang sama berusaha ke arah mendapatkannya.

9. 'EASY GOING'

Orang yang easy going menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah yang besar supaya dia mampu menjadi unsur penyelamat, bukanlah unsur diselamat.

10. EMPATI


Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang memiliki sifat empati bukan saja seorang pendengar yang baik, tapi juga mampu menempatkan dirinya pada posisi orang lain.

Friday 15 January 2016

Hanya Iman Mampu Menjaganya

Keimanan yang ada dalam diri tidak hanya diungkapkan dengan kata-kata,
kerana kita semua sudah maklum dengan kalam Allah di dalam surat cintaNya,
Surah Al-Ankabut; 2-3;
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan,
 'kami telah beriman', sedang mereka belum diuji?"
Keimanan kita berkadar langsung dengan amal kita.
Andai hari ini kita melakukan banyak kemungkaran dan dosa, itu menjadi petunjuk bahawa iman kita sedang melemah.
Sangat perlu untuk seseorang itu sentiasa muhasabah, menilai setiap pekerjaannya.
Disini saya kepilkan beberapa cara yang terbaik untuk menghindari diri dari gangguan syaitan, sihir, santau dan sebagainya. 
Ini adalah hasil dari kajian lapangan yang telah di lakukan di Kelantan.
Cara terbaik menghindari diri dari sihir, gangguan syaitan ialah:

1.      Menjadi mukmin sejati, membaca al-Quran, menunaikan solat dan menjaga kekusyukan dalam menunaikannya. Hal ini kerana pembacaan surah Al-Fatihah dalam solat kita membantu sebagai pendinding diri dan dijadikan ruqyah sihir. 

2.      Memulakan setiap pekerjaan dengan kalimah Basmallah, dengan harapan agar syaitan tidak campur tangan dalam apa juga pekerjaan kita.

3.      Pastikan diri sentiasa dalam keadaan berwuduk, wuduk boleh dijadikan sebagai benteng dari gangguan dan sentiasa dijaga oleh malaikat.

4.      Berzikir kepada Allah, terdapat banyak zikir-zikir yang boleh diamalkan. Antaranya ialah doa Nabi Yunus ketika berada di dalam perut ikan Nun.

5.      Menjaga amalan-amalan sunat dan doa-doa isti ‘azah yang telah digariskan oleh Rasululah; antaranya ialah Bismillah enam, selawat ke atas Baginda Rasulullah.

6.      Membaca surah-surah pilihan seperti ayat 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas).

7.      Dan yang terakhirnya iala mengamalkan zikir Ruqyah Jibril, zikir yang pernah dibaca oleh malaikat Jibril ketika mengubat Rasulullah ketika Baginda terkena sihir.

Penawar yang paling hebat untuk sihir (Ayat pembatal sihir);فَلَمَّآ أَلۡقَوۡاْ قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئۡتُم بِهِ ٱلسِّحۡرُ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ سَيُبۡطِلُهُ ۥۤ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُصۡلِحُ عَمَلَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ( ٨١ ) وَيُحِقُّ ٱللَّهُ ٱلۡحَقَّ بِكَلِمَـٰتِهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡمُجۡرِمُونَ ( ٨٢ ) فَمَآ ءَامَنَ لِمُوسَىٰٓ إِلَّا ذُرِّيَّةٌ۬ مِّن قَوۡمِهِۦ عَلَىٰ خَوۡفٍ۬ مِّن فِرۡعَوۡنَ وَمَلَإِيْهِمۡ أَن يَفۡتِنَهُمۡ‌ۚ وَإِنَّ فِرۡعَوۡنَ لَعَالٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَإِنَّهُ ۥ لَمِنَ ٱلۡمُسۡرِفِينَ ( ٨٣ ) 

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (81) Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa. (82) Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi dan sebenarnya dia dari orang-orang yang melampaui batas. (83)