Sunday 23 February 2014

~Pantun Kita, Warisan Kita~

Menaip memang kegemaran jari,
Nama mukabuku Seindah Suri.

Sudah lama tiada bercerita,
Ustazah Zoologist nama Twitter.

Di mana Dia aku merindu,
Merindu pada Cinta yang Satu.

Andai lama tidak bertemu,
masakan aku merasa jemu.

Lamanya kita tiada bertanya,
bagaimana khabar dia agaknya.

Walau apa yang terjadi,
ukhuwah kita tetap jadi.

Ukhuwah kita tidak salah,
moga ikatan ini lillah.

Bukan sengaja aku pendam,
hanya takut nanti berdendam.

Bukan aku lupa daratan,
tidak ingin di hasut syaitan.

Rindu tetap rasa rindu,
sayang tetap rasa sayang,
tidak ingin sepahit hempedu,
takut cinta ini melayang.

Wahai sayang aku sayang,
wahai cinta aku cinta,
Aku benar cinta sayang,
Moga ia sampai Syurga.


Memang Zoologist suka binatang,
Disect disect kegemaran kita,
Nak bagi berapa bintang?
Cukuplah hanya bintang Syurga.

Thursday 20 February 2014

Segulung Cinta vs Kekuatan Takdir.

"Tanpa keizinan dari Allah,
belum tentu kita bahagia.
Jodoh urusan Allah,
Takdir hak mutlak milik Allah.
Segulung cinta takkan dapat menguasai kekuatan takdir.
Hakikat kehidupan, tak semua berjalan mengikut kehendak kita,
Semuanya mengikut kehendak Allah.
Yaa... Saya berharap.
Saya harap.
Agar hubungan kita ini berjaya.
Tapi, jika ada sebab2 tertentu yg menghalang.
kita perlu bersedia.
Dan kita wajib redha."

Aku serahkan kepadaMu Ya Allah.
Kurniakan kami, jalan kehidupan yang terbaik buat kami.
Tetapkan hati kami dalam mencintai Mu,
Semoga dengan CintaMu, Cinta yang lainnya hadir.



 Letakkan cinta dunia hanya di tangan, bukan pada hati.
kerana cinta itu hidup.
dan hakikat yang hidup itu adalah mati,
khuatir kelak mati cinta, mati hati, mati Cinta buat yang Hakiki.