Sunday 20 December 2015

TIPS EXAM DEENLIST vs DEANLIST

Sembang Santai Akademik~

Alhamdulillah di beri peluang untuk berkongsi tentang TIPS Score dalam EXAMs.

InsyaAllah. Hari ini saya akan berkongsi, 

Beberapa soalan yang telah ditanya oleh Moderator semasa sesi Sembang Santai pada 13 Disember lalu.

Soalan pertama yang di tanya, 

“Perlu ke seseorang itu cemerlang? Mendapat pointer yang bagus di IPT, sedangkan kalau kita tengok sekarang. Orang yang dapat pointer bagus pon tak dapat kerja?”

Jadi, jawapan saya daripada soalan tersebut ialah!

“Ish. Ish. Ish… Sudah tentu, cemerlang itu adalah perkara yang wajib! 

Bagi saya sendiri sememangnya mendapat keputusan yang cemerlang adalah satu kepuasan setelah bekerja keras untuk mendapatkannya. 

Soal kerja? Sekarang masanya untuk kita belajar. 

Jadi kita belajar, all out habis-habis untuk grad dengan pointer yang tertinggi kita boleh dapat! Soalan tanya, ramai yang dapat pointer bagus-bagus, tapi tak dapat kerja.. 

Jadi, saya nak tanya, relevan ke kita dan tahu ramai yang dapat pointer bagus tak dapat kerja, so kita tak nak bekerja keras untuk dapat pinter yang bagus sebab orang lain yang dapat pointer bagus tu tak dapat kerja? 

Ish.ish.ish… Adik, soal kerja yakinlah bahawa itu adalah rezeki dari Allah. Tugas kita, amanah kita di IPT adalah untuk cari sebanyak-banyak ilmu, bukan semata-mata ilmu dunia, tapi di IPT juga lah kita nak tambah ilmu akhirat, ilmu ‘soft skill’, ilmu handle projek-projek, cara berkomunikasi dan sebagainya. 

Jadi, perlu ke pointer yang bagus ni? Sudah tentu perlu, tapi kena ingat yang kita belajar bukan semata-mata untuk mendapatkan pointer yang bagus! 

Kita belajar kerana nak kan ilmu, for the sake of knowledge and for the sake of Allah. Tak bermakna apa-apa kalau kita setakat dapat pointer tinggi setinggi menara KLCC tapi ilmu kita hampeh.. 

USELESS dan SIA-SIA! Percayalah! So, tajdid niat kita, perbaharui niat kita, ‘aku belajar ni hanya kerana Allah, moga-moga ilmu yang aku peroleh ni diberkati oleh Allah.’”

Soalan kedua, TIPS study di minggu study?


Baiklah, sebelum saya share TIPS study di minggu belajar ni, bahagia untuk saya menceritakan cerita saya pada tiga tahun yang lepas, yaa tiga tahun yang lepas… 

Ingat lagi, masa tu saya join program anjuran kakak-kakak PEMBINA di USM, tajuk program ‘MUMTAZ UNTUK UMMAH’


Jujur, masa tu saya tidak tahu apa maksud mumtaz untuk ummah tu, masa program tu kakak tu cerita tentang seorang TOKOH ISLAM yang bernama IBNU NAFIS, yaaa… Ibnu Sina yang ke-2. The second Avicenna. 

Hebat, sungguh hebat IBNU NAFIS ni, dia adalah orang yang pertama menemui saluran darah (untuk tahu lebih lanjut mengenainya boleh google dari tokohislam.com). 

Dari program ‘Mumtaz untuk Ummah’ tu, ia menyedarkan saya betapa pentingnya kita menjadi seorang yang berilmu. 

Dan ilmu yang diperoleh tu bukan sahaja digunakan untuk diri sendiri atau digunakan semasa EXAM sahaja, tapi ilmu yang kita peroleh itu seharusnya dimanfaatkan kepada masyarakat, kepada ummah! Yaa, benar. Sebab tu kita perlu mencari ilmu sebanyak-banyaknya, perlu berani mencuba apa sahaja. 

Kerana satu benda yang kita kena pegang ialah, 

“Orang yang tiada, tidak mampu untuk memberi.” 

Jadi, untuk ‘ada’ kita perlu mencari, meng’ada’kannya. InsyaAllah, setiap niat yang baik pasti dibalas dengan ganjaran dan pulangan yang baik. InsyaAllah.


Okey, baiklah… Dah tiba masanya untuk saya kongsi tips minggu belajar yaaa?

Pertama! Kedua! Ketiga!Okey, sifir yang mudah untuk kita ingat ialah, tiga hubungan yang perlu kita jaga di minggu belajar ni… 

Apa?? Pertama, jaga HUBUNGAN DENGAN ALLAH. Kedua, jaga HUBUNGAN DENGAN MANUSIA (termasuk ibu ayah, kawan-kawan, housemate, roommate, pensyarah guru-guru, jiran sebelah bilik, jiran kepada jiran sebelah bilik, makcik kafe, kawan makcik kafe dan sebagainya) dan ketiga ialah HUBUNGAN DENGAN NOTA. 

Yes! Kalau kita tak jaga hubungan baik kita dengan ketiga-tiga ni, percayalah yang kita akan jadi orang yang stress, tension, tertekan dan sewaktu dengannya di minggu belajar ni… (Bukan setakat minggu belajar, minggu peperiksaan pon sama!)


So, macam mana nak jaga hubungan dengan Allah? Baiklah…


Pertama, jaga solat kita. Solat fardhu, solat sunat, solat malam… Jaga, jangan sesekali lewatkan solat sebab study! 

JANGAN! Masa ni lah kita nak buang karat-karat jahiliyah yang ada dalam diri kita, masa ni jugaklah kita boleh ambil peluang untuk dekatkan diri kepada Allah. Moga-moga lepas ni kita dah boleh tinggalkan segala macam jahiliyah yang kita pernah buat selama ni.. 

Kalau kita jenis yang suka tengok movie entah apa-apa, runningman, k-pop, Hindustan and what so ever yang sia-sia buang masa useless tak berguna untuk masa depan. Ha! Masa ni lah nak tinggalkan semua tu. Isi masa yang terluang dengan perkara yang boleh mendekatkan diri kepada Allah, antaranya boleh berzikir, bertasbih, baca Quran, baca al-mathurat… 

Percayalah, kalau kita bersungguh-sungguh untuk dekatkan diri dengan Allah, tinggalkan benda-benda yang sia-sia tu, InsyaAllah. Allah permudahkan jalan kita untuk menuntut ilmu… InsyaAllah, dengan usaha kita yang bersungguh-sungguh untuk tinggalkan semua benda tu, Allah bantu kita untuk dekat dengan-Nya. 

Di akhirnya kita menjadi orang yang mampu menurut segala perintah Allah. Menjadi orang yang mampu meninggalkan setiap larangan Allah… Dan akhirnya menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.


Kedua, macam mana nak jaga hubungan dengan manusia? Okey…


Manusia yang dimaksudkan di sini ialah Maa Abah, Abang, Kakak, Pensyarah, kawan pensyarah, kawan sekelas, kawan sebilik, kawan serumah, kawan se-tutorial, kawan-kawan, sahabat-sahabat, jiran-jiran, makcik-makcik, pakcik-pakcik, orang sekeliling dan setiap makhluk yang bernama manusia. 

Jaga hubungan kita dengan ibu bapa kita, cuba balik (jika berpeluang pulang) untuk meminta restu dan doa dari mereka, jika tidak berpeluang untuk balik, tidak mengapa, kita menggunakan teknologi yang ada contohnya menelefon mereka, meminta maaf, memohon doa dan restu. Maklumkan kepada ibu bapa kita bahawa kita akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. InsyaAllah, sebagai seorang ibu dan ayah. Mereka akan mendoakan yang terbaik buat anak-anak mereka, walau kekadang tu kita tak sedar, malah kita tak tahu pon Maa Abah kita doakan kita. Sama lah family members kita pon, sudah tentu kita ada group Whatsapp family members kan? So, just let them know yang kita ada exam, minta mereka doakan kita… Tak habis beras pon minta doa mereka, malah itu lebih baik.. Membuktikan yang kita ni lemah, pada masa yang sama kita tak sombong… We need each other.


Hubungan dengan housemate, roommate, kawan, sahabat etc… Kena jaga, kenapa? 

Huhu… Just imagine kalau kita bergaduh dengan orang, tak yah ramai… Sorang je… Tenang ke hidup kita sehari-harian tu? Tidak bukan? Jadi, jaga hubungan dengan mereka ni, kalau sekarang ada masalah, bergaduh bermasam muka tak senang duduk tak puas hati tak sedap mata memandang tak tak takkkk… 

Ha, inilah masa yang sesuai untuk meminta maaf dan memaafkan… 

“Alaaa, akak… Saya tak buat salah apa-apa, dia yang mula dulu, kenapa saya perlu minta maaf?” 

Okey… Sekarang ni awak nak minta maaf/ memaafkan ke, atau awak nak menanggung perasaan stress sebab ada masalah hubungan dengan manusia tuuu? Saya tanya, boleh jawab… Jika jawapan awak tak nak stress, silalah berlapang dada untuk meminta maaf dan memaafkan, sekalipun ia bukan salah kita… Tak mengapa meminta maaf, tidak salah memberi maaf… Malah itu lebih mulia daripada menyimpan dendam dan perasaan iri terhadap orang lain… Come on, jangan bersikap ego sangat… Kita tak tahu sampai bila Allah bagi pinjam denyutan nadi ni dekat kita… Tup tup, kita mati sebelum memaafkan dan dimaafkan… huhu. Tergantung amal kita deq… 

“Akakk… Saya dah mula bercakap dengan dia, saya dah minta maaf dan memaafkan dia… Tapi, dia masih lagi sama, malah makin teruk hubungan kami, kakkk…” 

huhu.. Sad… Tak pe lah sayang… Teruskan kehidupan… Berlapang dada… Doakan dia, semoga Allah berikan kebaikan dan petunjuk kepada dia dan kita untuk sama-sama berlapang dada dan saling memaafkan..


Ok, last hubungan dengan manusia yaa.. Saling mendoakan.. Doakan kejayaan kawan-kawan kita, tak rugi pon doakan sahabat kita… Malah, insyaAllah.. 

“Barang siapa yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya, Allah akan perkenankan doa itu dan bagi yang sama untuk dia jugak.” 

Jadi, banyakkan berdoa, banyakkan meminta daripada Allah… InsyaAllah, takda yang sia-sia! Percayalah, kalau bukan Allah bagi atas dunia ni, Allah bagi di akhirat kelak… No worries okey!


Ketiga, hubungan dengan Nota! Ini serius, kena jaga hubungan ini. Tak payah nak bergaduh, nak ego terlebih, nak marah-marah, nak buat-buat merajuk! Konon nak kan perhatian etc. Tak, tak payah. No, ini bukan masanya!


Sekarang masanya untuk study, minggu belajar kan? Seminggu lagi nak exam, Study lar. Ini masa untuk kita betul-betul beri tumpuan pada pembelajaran. But first, niat Lillahi ta’ala. 

Ok, jom. Tips study ya.


Pertama, buat nota. Nota mengikut kreativiti sendiri. Saya lebih suka nota yang ditulis pada kertas A4 yang dilipat dua, senang dibawa ke mana sahaja… Warna warni? Banyak color? Ikut lah, tapi.. nota saya biasanya ada dua, tiga warna sahaja. Hitam/Biru.. Kekadang, Merah. 

Ok, Cara buat nota? 

Mula-mula, baca dulu buku, slides, notes semua. Faham dan ingat benda-benda yang perlu diingat. Lepas tu, tutup buku, tutup slides dan notas semua. Tulis di kertas A4 tu setiap apa yang penting yang dibaca tadi… 

Tulis semula, bukan copy and paste yaa… InsyaAllah, kalau kita boleh tulis semula tanpa melihat buku/nota/slides. Itu bermakna ilmu tu dah menyerap masuk ke dalam paru-paru kita… Hah paru-paru?! Yaaa.. Kenapa tidak… Semua adalah berkemungkinan… 

Bila-bila masa, kalau kita ada teringat idea-idea baru tentang apa yang kita baca, kita pelajari. Terus tulis, jangan tangguh-tangguh! Tak boleh tulis di kertas, tulis di notes smart phone tuu.. Kalau smart phone tak da notes, Hm… Ok.. Tulis dekat new messages, lepas tu send dekat siapa sahaja orang bertuah tu… Mana tahu dia jodoh kita… Kah3.. Tak payah nak cari jodoh sangat ya… Ini minggu STUDY… 

Ibnu Nafis seorang yang sangat suka mencatat idea-idea dia walau di mana dia berada. Dia bukanlah seorang yang suka menangguh, dan dia seorang yang sangat menjaga masanya.. Sehinggakan, disebabkan takut masa dia terbuang dengan benda yang sia-sia, apabila tiba masa untuk dia menulis nota, dia akan letak SEDOZEN pen di tepinya… Dia tak nak nanti jikalau pen yang sedang digunakan habis dakwat, menyebabkan dia perlu mengambil masa untuk mengambil pen lain… (mengambil/mencari pen itu dikira sebagai sesuatu yang buang masa bagi Ibnu Nafis) Begitu menjaga masa, dan bersungguh-sungguhnya Ibnu Nafis dalam menuntut Ilmu… 

Begitulah sepatutnya kita, InsyaAllah. Apabila sesuatu Ilmu dipelajari dengan bersungguh-sungguh, diiringi dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah, dengan izin-Nya, Allah pasti permudahan jalan baginya.


Okey, next TIPS, berjaga malam. InsyaAllah. Ini saya sertakan gambar The Art of Sleeping… Boleh ikut… InsyaAllah… Menjadi! 

Tapi, kena buat dulu. Ia tidak akan berhasil kalau gambar ini hanya semata-mata dilihat dengan mata awak yang tak berapa nak bulat tuu, ia perlu disertai dengan ‘action’… Selamat mencuba…


Masa nil ah kita nak dekatkan diri kepada Allah, cuba untuk tidur awal… Mungkin boleh ambil masa tiga jam (dari jam 9 p.m – 2 a.m) untuk tidur, kerana kualiti tidur pada waktu itu adalah 1jam tidur bersamaan dengan 3jam tidur… So, 3jam tidur, dah 9 jam kualiti awak tidur… Cuba lah ambil peluang ini.. InsyaAllah.. Jam 2 a.m boleh bangun, bertahajjud, meminta memohon merayu kepada Allah moga Dia bantu/tolong/perkenankan segala pekerjaan kita dan kurniakan kebaikan kepada kita. Ambil masa 45minit untuk bersama dengan Allah. 

Selepas itu, sambung lah belajar… InsyaAllah… Jika niat kita bersungguh-sungguh untuk belajar, ketekunan kita padu untuk belajar, Allah bagi kita kesungguhan tu, sehinggakan kita tak rasa mengantuk atau letih pon.. Sebab kita yakin, tidur kita yang berkualiti tadi dah cukup. Dengan izin Allah, ia tidak akan mengganggu routine seharian kita pada hari esok… Percayalah!


Tips ke (ummm…Seterusnya), menjaga halal dan haram! Ya, sangat-sangat penting untuk kita menjaga halal dan haram. Kita inginkan keberkatan, keberkatan dari Allah adalah sesuatu yang sangat besar. Tak guna kita dapat straight A, jika tiada keberkatan dari-Nya… 

Cuba untuk menjaga pemakanan, menjaga diri dari melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. Contoh, study group. Tak perlu study group lelaki perempuan, pastu berhuhahuha. Tak menjaga pandangan, tak menjaga aurat, tak menjaga ikhtilat, tak menjaga jarak dan sebagainya… Its useless! Dapat DEANLIST tapi dihumbang ke Neraka. Fuhhhh… Tak ada maknanya! 

Masa ni lah nak melakukan perubahan, sebagai permulaan untuk berubah kepada yang lebih baik… Apa salahnya? Tidak salah, malah itu lebih baik dan Allah suka… InsyaAllah… Jaga niat kita, Lillahi ta’ala… Hanya kerana Allah.


Stress???? Uhhhuuu… Boleh tak kalau nak pergi berjimbaa? “Stress laa akak tengok kawan-kawan study… Saya tak habis study lagi… Boleh tak kalau nak tengok movie untuk hilangkan stress? Boleh tak kalau nak pergi jenjalan??”


Alamak! Soalan mintak penampaq kernii??? Ishhh.ish.ish… Awak stress tengok kawan study? Awak stress sebab tak habis study lagi? Pastu awak nak tengok movie? Awak nak pergi berjimbaa, nak pergi jenjalan?? 

Ya Allah… Relevan ke ni, teli ker kalau awak tak habis study, awak stress sebab tak habis study, tapi awak tak nak study nak pergi berjimba jenjalan? Tidak awak! Sesuatu yang perlu awak sedar adalah, dengan pergi jenjalan itu tidak akan menghilangkan stress awak tu, kenapa? Kerana, the reasons awak stress is awak tak habis study lagi, jadi untuk menghilangkan stress tu adalah dengan menghabiskan study awak. 

Jawapannya, awak perlu study! Sambung study. Tapi, tak bermakna awak tak boleh keluar bilik. Boleh, tiada masalah. Mungkin boleh keluar riadah petang-petang, lihat pemandangan yang hijau untuk tenangkan fikiran, pandang langit yang biru… Tiada masalah.. Tapi, ia bermasalah apabila awak nak buat perkara yang sia-sia… At the end of that, awak tak dapat apa-apa pon melainkan stress yang bertambah… Kan dah janji tadi, inilah masaanya untuk kita buang karat-karat jahiliyah tu… Kikis karat-karat tu… 

InsyaAllah…


Tips yang terakhir, InsyaAllah… letakkan keyakinan kepada Allah. Hanya dengan izin Dia kita akan mencapai kejayaan, hanya dengan izin Dia kita berjaya. Jadi, letakkan keyakinan yang tinggi kepada-Nya… 

Dalam pada masa yang sama, perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. Perlu berusaha keras. Tidak cukup rehat. Tidak cukup tidur adalah perkara biasa… Segalanya memerlukan pengorbanan, kerana sememangnya kejayaan itu tidak datang dengan mudah. 

Tapi ingat, jangan sampai kita menzalimi diri sendiri. Jangan sampai tidak makan, jangan sampai sakit! Kalau sakit, sila lah cari ubat. Jangan suka peram sakit. Takut nanti, study dah banyak dah, study dah habis dah… Tup tup, pengsan pada hari peperiksaan. 

Jadi, jagalah kesihatan… Jaga diri… Jaga hati dan perasaan… InsyaAllah, jika kita ada usaha untuk menjaganya, Allah juga akan menjaganya…


TIPS DEANLIST;


1) Bila mana rasa malas study, malas belajar… Cuba bayangkan saat kita tengok result tu… Kita nampak result yang teruk yang kita tak nak… Agak-agak macam mana perasaan kita saat tu?


Buatlah pilihan, sama ada nak berkorban sekarang (masa study week) atau terkorban kemudian nanti (masa keluar result)… Buatlah pilihan yang bijak..


TIPS DEENLIST;


1) Bila mana rasa malas study, malas belajar… Ingat kembali, malas tu sebenarnya sifat siapa? Siapa yang kita ikuti kalau kita malas? Huhu, tak lain tak bukan.. 

Syaitonirrajim… 

Tajdid niat kita, perbaharui kembali niat kita… Kerana siapa kita belajar ni? Lillahi ta’ala… Hanya kerana Allah… 

Semoga Allah kurniakan kejayaan kepada kita… Kejayaan di dunia dan akhirat… Orang yang mengharapkan kejayaan dari Allah tidak akan bermalas-malasan. Jika sekalipun dia bermalas-malasan, apabila dia sedar. 

Dia akan terus bangkit. Bekerja keras semula! 

Sebab dia tahu dan dia yakin, dunia ini bukanlah tempat untuk bersenang lenang melainkan tempat untuk menanam, menyemai benih-benih yang akan membuahkan ganjaran pahala…


InsyaAllah… Mungkin itu sahaja untuk kali ini.. Semoga bermanfaat… Untuk diri dan Ummah…

Bebas untuk berkongsi link dengan sesiapa sahaja…Untuk pertanyaan @ contact boleh email (seindahsuri@gmail.com)atau contact melalui facebook (Nurul Suhaida Ibrahim)