Tuesday 30 April 2013

BuKAn SaTu tapi LebIH ^_^


Alhamdulillah..... masih bisa menghirup udara nyaman dan segar..  Yang paling gembira sekali kerana udara yang segar ini di beri tanpa kita perlu membayar, free of charges.. ^_^ baik nya ALLAH.. Penyayang nya Dia. Pemurah nya ALLAH.. tapi pelik kan, kenapa masih lagi ada mereka/golongan yang tidak bersyukur dengan apa yang Dia kurniakan, sedangkan semua di beri tanpa bayaran pom, tak perlu pom pergi bank, then, deposit some money for the oxygen.. tak perlu pom pergi ke pejabat pos, and bagitahu, En, saya nak bayar bil.Oxygen bulan lepas, bulan ni hutang dulu yer.. No,no.. tak perlu pom.. tapi, 

Allah kan berfirman dalam surah Al-Hujurat, ayat 11 ,

“Dan tidak Kami ciptakan manusia dan jin itu selain daripada beriman kepada ku”
 
Sebenarnya, disini nak cerita kisah kami masa mendaki Bukit Bendera. Dah lama berlalu, um.. bulan 2.. awal2 sem, PMIUSM telah menganjurkan program mendaki Bukit Bendera. Kami bertolak ke Bukit Bendera jam 8.30.. lewat kan? A,ah.. lewat, sebab pakcik bas merajuk dengan kami, menurut abang Farazi (ingat2 lupa nama abang tu), dia cakap dia deal dengan pak cik driver bas tu pukul 8, tapi, pak cik tuu datang awal, pukul 7.30 pak cik tuu dah sampai dekat padang kawad, so, macam lama lah pak cik tuu tunggu kami, sebab tuu la pak cik tuu merajuk, jap... Diri ini menulis blog ni bukan nak cerita sal pak cik tu yer.. Tapi, Moral value di sini, please taw... 1st of all, yes, kita kena punctual, even, su bukan lah seorang yang punctual, selalu lewat.. Lepas ni x mao dah lewat.. One more thing, for sure, elakkan diri kita untuk menunding jari pada orang lain, X...  ni bukan di tujukan pada pak cik driver tuu, tapi, ni untuk kita semua lah...  ^_^ k.. baik lah... sebab untuk ku post entry untuk kali ni adalah kerana Safiyyah.. siapa dia, hihi sahabat baru, mungkin boleh di kata kan begitu.. Safiyyah merupakan pelajar USM yang mengambil jurusan Pendidikan, Safiyyah sebenarnya salah seorang pelajar yang kurang upaya di USM, tapi, SubhanaAllah... semangat dia untuk mendaki Bukit Bendera sangat besar. Pada mula nya, abang faruzi ( xpasti betol ke x nama) tadi plan supaya Safiyyah naik kereta cable untuk ke puncak Bukit Bendera, tapi, tiba-tiba bila dah sampai di kaki Bukit Bendera tu, entah kenapa, Safiyyah nak mendaki bersama jugak, untuk pengetahuan kita semua, mendaki Bukit Bendera memakan masa selama 4jam, for sure, tanah tidak rata, berbukit-bukit, licin dan tiada “short cut”... tapi, fortunately, ada line celcom dan maxis sepanjang perjalanan kami... tapi, apa yang best... Hujan rahmat turun sebagai tanda selamat datang kepada kami... sebelum mendaki, Alhamdulillah, ALLAH mencucuri rahmatNYA ke atas kami...
Setelah selesai warming up, bermula lah perjalanan kami.. Pada mula nya, kami menaiki tangga. Safiyyah yang aku cerita kan tadi juga sama, naik tangga, kami sama-sama pimpin tangan  akak Safiyyah. Secara jujurnya, ya, aku amat bangga dengannya, begitu tinggi keyakinan dia pada ALLAH, yakin yang ALLAH ada untuk membantunya, yakin yang ALLAH akan memberi kekuatan padanya, SubhanALLAH.. Dalam perjalanan kami, kami lah kumpulan yang selalu di tinggal kan, hihi ^_^ macam tuu laaa, kan lambat kan.. orang yang lambat ni selalu saja di tinggal kan.. tak kira lah walau dalam apa jua situasi... tapi, ALLAH tak pernah tinggalkan kita..lambat atau cepatt.. ALLAH senantiasa ada... (sambung) pada mulanya, kami lambat, lepas tuu ada yang menunggu d hadapan, lambat lagi, masih lagi menunggu, tapi, oleh sebab masa pom dah agak lewat, mereka yang berada di hadapan di arahkan untuk meneruskan perjalanan.. kami yang berada ni belakang ni, masih meneruskan perjalanan... berkali-kali soalan yang sama kami tujukan kepada akak Safiyyah, “ akak x penat ke ni?” “akak okey ke ni?” , jawapan nya tetap sama, “Ok” , “ tak paa, masih boleh teruskan”.. akak Safiyyah macam biasa je, hmm... sampai di pertengahan jalan (atau mungkin bukan pertengahan) terdengar ada abang senior cakap, "huuhhh, penatnyaaa, kalau kita yang normal nii penat, tak tahu laa Safiyyah yang kurang upaya tuu macam mana" , hmm... betol tuu, amat benar sekali, tapi yang bagusnya, PMIUSM tak menolak pum hasrat akak Safiyyah untuk mendaki sama2, dan mereka menerima dengan hati yang terbuka, menerima dan berlapang dada.. (sambung) tak lupa kami jugak di datangi dengan motor2, entah ape nama motor tuu, yang pasti motor tuu tak da tempat duduk, jadi kami tak boleh nak tumpang.. dalam perjalanan kami, yang amat menyukarkan akak Safiyyah (bagi su laa, sebab nampak sangat mencabar di situ) masa nak menyeberangi jalan tuu, sebab ada balak (pokok besar) tumbang dan menghalang perjalanan kami, kami perlu melangkah dan memanjat pokok besar yang tumbang tuu, first bila tengok pokok tuu, tetiba hati berkata " Ya ALLAH, boleh ke akak Safiyyah nak naik ni." Alhamdulillah, semua nya selamat.. boleh...
setelah habis je menyeberang pokok tuu sekali lagi abang2 PMI menawarkan tawaran kepada akak Safiyyah untuk naik kenderaan buatan mereka.. iaitu :


ni abang tuutt.... ^_^ sangat baik..+ gagah dan perkasa. macam ni lah tentera ISLAM.... 


dan ini abang tiitttt... boleh di katakan sebagai panglima ISLAM... ^_^ bagiku mereka2 ni amat terbaik, menyayangi dan menghormati para wanita... 


macam ni lah, 'kenderaan buatan mereka' yang d maksudkan... 

berkali-kali akak Safiyyah tanya kat abang2 kuat, gagah + perkasa ni, "oke x?" , " Oke x?" , mereka jawab " Oke, bila lagi kan Safiyyah nak gunakan kami"... Subnallah... amat terasa masa tuu, baik nyaa mereka... setelah habis berjalan di hutan, kami perlu menaiki bukit yang berlantaikan jalan TAR pula, n yang pasti ianya berbukit, bila di katakan berbukit, maksud di sini adalah bukit yang tinggi... ^_^ nama lagi Bukit Bendera kan... kami teruskan perjalanan, akak Safiyyah masih dalam 'kenderaan buatan mereka'... sampai di tempat rata (maksud nya mendatar, bukan bukit) kami berhenti sebentar, masing2 penat... dalam hati ku, "hmm, kan bagus kalau ada sapa2 bagi kami tumpang.." TIBA-TIBA, ALHAMDULILLAH.... tiba-tiba, ada truck yang naik bukit tuu, mungkin pak cik tu nampak kami semua + akak Safiyyah senyum, heheh, pak cik tuu berhenti, tanya kami, "nak tumpang ke?" For Sure laah kami jawab nak... Then, kami pom naik laah truck tuu, subhanallah.. tak sangka, kami naik truck, ALLAH dengar luahan hati seorang hamba tadi, pada masa tuu, hamba tadi berpeluh, busuk, comot dan yang pasti masih belum solat Zohor, terima kasih ALLAH... kami YAKIN pada MU... amat YAKIN.... ni truck kami naik, masa naik truck tuu, hmm, jauh nyaa, kalau kami tak di tumpangkan oleh pak cik tuu, tak tahu lah agaknya jam berapa baru kami sampai...


Truck ni lah kami naik... Pak Cik bawak truck ni laju, ^_^ mungkin pak cik tuu nak kami cepat sampai.. (think +)


ucapan setinggi terima kasih kat Pak Cik tuu, and abang tuuttt ada bagi bayaran sikit kat Pak Cik truck, begitu lah, orang berbudi kita berbahasa... ^_^ 

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Alhamdulillahirobbilalamin .... Akhirnya, sampai jugak kami di puncak Bukit Bendera... betapa, banyak liku, mehnah tribulasi yang kami perlu rintangi, tapi di penghujungnya, sampai jugak... begitu lah sebenarnya... dalam BERDAKWAH pom... tak tipu, begitu banyak cabaran yang kita perlu rasa, tapi percayalah, di akhirnya, pasti nikmat kemanisan IMAN ituu dapat di rasa.. kerana itu memang janji PENCIPTA kita... kan? hihi... ni laa sedikit sebanyak yang boleh ku kongsikan bersama kalian semua, pengalaman mendaki yang pasti tidak dapat ku lupakan.... kerna bukan satu yang ku dapat situ, tapi lebih, banyak sangat yang dapat di peroleh, memahami antara satu sama lain, membantu antara satu sama lain, berkongsi antara satu sama lain.. dan membuka mata sesorang tentang betapa besarnya NIKMAT yang ALLAH kurniakan pada hambanya... ALHAMDULILLAH....


antara mereka yang menjayakan pengdakian BUKIT BENDERA... bagi ku, kami lah yang paling berjaya.... ^_^


macam-macam... PMIUSM terbaik....

itu salah perkongsian daripada ku hamba ALLAH yang tak seberapa ni... ^_^ semoga saja program ni bawa impak yang positif, dan yang paling penting, salah satu asbab kita untuk ke SYURGA ALLAH nanti... SUBHANALLAH.... INSYAALLAH.... janji ALLAH itu pasti... 

dan ini, akak Safiyyah bersama teman setia, yang teramat setia, akak tottt..

TERIMA KASIH ALLAH, TERIMA KASIH PMIUSM....

No comments:

Post a Comment