Saturday 19 January 2013

SubhanaAllah.... ^_^

SubhanaAllah......

sungguh pantas masa berlalu (dah habis sem 1 pom) .... kadang2 memang nak sangat 
masa berlalu dengan pantas.. tapi, bila di fikirkan balik..sebenarnya...
bila semakin pantas masa itu berlalu... itu bermakna, semakin dekat lah ajal kita....
hmm... Sungguh... kita tidak tahu bila ajal kita... tp, kehidupan kita menuju ajal...
menuju kematian... sering saja bertanya pada diri sendiri, berapa lama lagikah masa
yang Allah pinjamkan untuk diri ini.. sedangkan masa yang berlalu dengan pantas tuu
semakin hari semakin dapat di rasai... bertanya pada diri sendiri... apakah setiap langkah
yang di lalui adalah dalam redha Nya, dalam keberkatan Nya... terfikir tentang diri ini yang
memang setiap detik tidak lari daripada melakukan kesalahan serta dosa.. akan tetapi, 
sentiasa juga berharap semoga Allah mengampunkan dosa ini... kepada semua yang
mengenali diri ini juga, di harapkan kesalahan yang sengaja mahupun tidak sengaja itu
tetap di maafkan, walaupun, mungkin kekadang, diri ini terlupa untuk mengungkap kata 
maaf.... terlalu banyak kekhilafan dari diri ini.... sama ada yang nampak atau tak nampak, 
yang di sengajakan atau yang tidak di sengajakan...  



              Ingin berkongsi satu cerita tentang seorang teman, bagiku dia sangat tabah orangnya... sangatlah baik sebenarnya.... nama di rahsiakan.... wuhuuu... she is my friend, and always being my friend..bersekolah di sekolah agama di sekitar Lembah Klang.. semasa kami bersama, kami selalu bertukar-tukar cerita, berkongsi soal hati dan perasaan (chewaah).. tapi, tiba-tiba (masa tu dah akhir sem,dah nak exam pum) sahabat yang ku sayangi tu berubah, menjadi seorang yang suka menyendiri, tapi, apa yang aku perasan, dia selalu ingin bersama ku, tapi, deq kerana exam dah dekat, aku sering sibuk (meyibukkan diri) dengan study group, study sorang2, or perbincangan... hubungan kami jadi semakin jauh.. satu hari sahabatku tak masuk kelas, aku pelik... kenapa tak masuk kelas? hm.. tak sihat kah dia? malam itu, aku berjumpa dengannya...bertanyakan apakah masalah yang dia hadapi sebenarnya... hmm... sampai sekarang aku merasakan diri ini, sangat kejam, kerana biarkan sahabatku sorang2 menanggung bebanan tu, sedangkan aku adalah seorang yang bergelar 'sahabat' untuknya... malam tu, dia menceritakan segalanya padaku.. bagiku, malam tu aku mendengar kisah sedih, dimana, kisah itu membuatkan air mata ini menitis..tapi, pada masa tu aku pelik, kenapa air mata sahabat aku tu tidak menitis walau setitik pom.. dan sekarang, aku sudah peroleh jawapannya.. kerana dia seorang yang tabah.. dari wajahnya, ku nampak ketenangan.. sudah lama tidak bertemu dengan nya... ingin sekali berjumpa... =D kepada sahabat... maafkan lah sahabatmu ini... sesungguhnya.. saat itu, aku sangat lah jahil...tidak mengerti apa itu makna sahabat yang sebenar..... sekarang aku faham... dalam persahabatan, cubalah untuk memahami, bukan menghukum atau terus meletakkan kesalahan itu di atas bahu mereka sedangkan, di atas bahu itu, sudah penuh dengan bebanan yang lain... Wallahuallam...  sahabat itu...penting...ku harap... moga ukhuwah kita, ukhuwah fillah till jannah... 



                                    seriously... I LuV U aLL my Sahabats.... kerana Nya...



No comments:

Post a Comment