Friday 21 December 2012

beNar... bErFikiR seJeNAk.. sUnggUh...

copy and paste dari seorang senior, sangat bermakna sebernarnya...
bila di fikirkan balik.... aku juga sebenarnya salah satu daripada 'dia' 
dalam cerita ni..terimakasih kepada senior,dan terimakasih juga untuk 
setiap kata2 yang keluar dari mulut mu itu... kerana kata-kata itu sentiasa 
membuatkan aku berfikir...bukan berfikir, tapi,  'rethink', berfikir semula..........‎

"kejamnya aku," bisik hati kecilnya sayu...
dia membelek2 quran yang berada ditangannya, mengusap2 perlahan untuk membersihkan habuk yang terlekat di kulit hadapan quran tersebut.
kemudian dia membuka lembaran quran tersebut dan memerhatikan tulisan2 arab yang tersusun rapi. tak faham, sungguh dia langsung tak faham apa yang tertulis dihadapannya. dia mampu membacanya, namun gagal memahami isi kandungannya. 
kemudian dia pandangannya teralih kepada nota2 dan buku pelajaran yg tersusun rapi di atas meja. demi menghadapi exam yang akan menjelang tiba, dia telah pun habis membaca, bahkan memahami dan menghafal kesemua isi kandungan nota tersebut. andainya dia tidak faham,dia akan membacanya berulang kali, melakukan study group, bahkan study sehingga lewat malam agar dia faham dan isi2nya kekal berada di dalam ingatan..demi peperiksaan duniawi? ya, peperiksaan duniawi.
namun apa yg telah dia lakukan pada quran? berapa lama qurannya tersimpan rapi di atas almarinya mengumpul habuk? kenapa dia mampu membacanya namun langsung tak faham isi kandungannya?andai tak faham isi kandungan quran, bagaimana dia mampu mengamalkannya di kemudian hari? hari ni dia mungkin lulus dengan cemerlang peperiksaan semester, esok lusa adakah mungkin terus cemerlang untuk peperiksaan akhirat ? kejam..sungguh dia cukup kejam...
p/s: coretan ini sebenarnya adalah satu teguran kepada diri saya sendiri dan rakan2 sekalian. melakukan pelbagai usaha untuk memahami nota dan pelajaran adalah suatu perkara yg cukup bagus, namun alangkah indahnya kalau kita mampu melakukan perkara yg sama utk memahami quran dan ilmu2 agama kita.wallahualam...

kali kedua aku membaca cerita ni... kedua kalinya lah aku berfikir semula....hm... tak habes fikir... 
Ya Allah........
tetiba teringat akan kalam Allah, dimana Allah berfirman ;



"Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. Dia pasti akan mengumpulkan kamu pada hari kiamat yang kejadiaannya tidak di ragukan. Siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? "

amat mengakuinya.... tiada siapa yang lebih benar perkataannya selain Allah.... SubhanAllah...

1 comment: