Friday 15 January 2016

Hanya Iman Mampu Menjaganya

Keimanan yang ada dalam diri tidak hanya diungkapkan dengan kata-kata,
kerana kita semua sudah maklum dengan kalam Allah di dalam surat cintaNya,
Surah Al-Ankabut; 2-3;
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan,
 'kami telah beriman', sedang mereka belum diuji?"
Keimanan kita berkadar langsung dengan amal kita.
Andai hari ini kita melakukan banyak kemungkaran dan dosa, itu menjadi petunjuk bahawa iman kita sedang melemah.
Sangat perlu untuk seseorang itu sentiasa muhasabah, menilai setiap pekerjaannya.
Disini saya kepilkan beberapa cara yang terbaik untuk menghindari diri dari gangguan syaitan, sihir, santau dan sebagainya. 
Ini adalah hasil dari kajian lapangan yang telah di lakukan di Kelantan.
Cara terbaik menghindari diri dari sihir, gangguan syaitan ialah:

1.      Menjadi mukmin sejati, membaca al-Quran, menunaikan solat dan menjaga kekusyukan dalam menunaikannya. Hal ini kerana pembacaan surah Al-Fatihah dalam solat kita membantu sebagai pendinding diri dan dijadikan ruqyah sihir. 

2.      Memulakan setiap pekerjaan dengan kalimah Basmallah, dengan harapan agar syaitan tidak campur tangan dalam apa juga pekerjaan kita.

3.      Pastikan diri sentiasa dalam keadaan berwuduk, wuduk boleh dijadikan sebagai benteng dari gangguan dan sentiasa dijaga oleh malaikat.

4.      Berzikir kepada Allah, terdapat banyak zikir-zikir yang boleh diamalkan. Antaranya ialah doa Nabi Yunus ketika berada di dalam perut ikan Nun.

5.      Menjaga amalan-amalan sunat dan doa-doa isti ‘azah yang telah digariskan oleh Rasululah; antaranya ialah Bismillah enam, selawat ke atas Baginda Rasulullah.

6.      Membaca surah-surah pilihan seperti ayat 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas).

7.      Dan yang terakhirnya iala mengamalkan zikir Ruqyah Jibril, zikir yang pernah dibaca oleh malaikat Jibril ketika mengubat Rasulullah ketika Baginda terkena sihir.

Penawar yang paling hebat untuk sihir (Ayat pembatal sihir);فَلَمَّآ أَلۡقَوۡاْ قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئۡتُم بِهِ ٱلسِّحۡرُ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ سَيُبۡطِلُهُ ۥۤ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُصۡلِحُ عَمَلَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ( ٨١ ) وَيُحِقُّ ٱللَّهُ ٱلۡحَقَّ بِكَلِمَـٰتِهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡمُجۡرِمُونَ ( ٨٢ ) فَمَآ ءَامَنَ لِمُوسَىٰٓ إِلَّا ذُرِّيَّةٌ۬ مِّن قَوۡمِهِۦ عَلَىٰ خَوۡفٍ۬ مِّن فِرۡعَوۡنَ وَمَلَإِيْهِمۡ أَن يَفۡتِنَهُمۡ‌ۚ وَإِنَّ فِرۡعَوۡنَ لَعَالٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَإِنَّهُ ۥ لَمِنَ ٱلۡمُسۡرِفِينَ ( ٨٣ ) 

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (81) Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa. (82) Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi dan sebenarnya dia dari orang-orang yang melampaui batas. (83)

No comments:

Post a Comment