Sunday 23 September 2012

HiDUp MAnuSIA PenUh DENgAn PErjUAngAn..

Aku bersumpah dengan negeri ini (Mekah)..
Dan engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri (Mekah) ini (sentiasa di tindas)..
Dan demi (pertalian) bapa dan anaknya.
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.
Apakah dia (manusia) itu mengira bahawa tidak ada sesuatu pun yang berkuasa atasnya?
Dia mengatakan : "Aku telah menghabiskan harta yang banyak ."
Apakah dia mengira bahawa tidak ada sesuatu pun yang melihatnya?
Bukankah Kami telah menjadikan untuknya sepasang mata.
Dan lidah dan sepasang bibir?
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan keluar.
Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki dan sukar?
Dan tahukah kamu apakah jalan yang mendaki dan sukar?
(iaitu) melepasskan hamba sahaya.
Atau memberi makan pada hari terjadinya kelaparan.
(Kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat.
Atau orang miskin yang sangat fakir.
Kemudian dia termasuk orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar
 dan saling berpesan untuk berkasih sayang.
Mereka (orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan.
Dan orang2 yang kafir kepada ayat2 Kami,mereka itu adalah golongan kiri.
Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat.


No comments:

Post a Comment