Cinta
Sedetik Cuma, Mengenal Cinta Abadi.
Nurul
Suhaida Ibrahim.
Tidak faham dengan hati sendiri, tidak
faham dengan diri sendiri, perasaan apakah ini? Seperti perasaan yang aku tak
pernah rasa, ada sedih, tapi pada masa yang sama air mata seperti terhalang
untuk di alir, aku bisa tersenyum tapi pada masa yang sama aku rasakan ada
letar-letar kesedihan, entah bagaimana ingin ku tafsir, entah bagaimana akan ku
ertikan pada diri sendiri. Supaya nanti ku bisa memahami.
Merasakan amat berat untuk ku terima,
terasa amat terseksa tiap kali hati mengingatinya, terasa seperti kehilangan
sesuatu yang amat bernilai, walau sayang hanya sedetik cuma.
Tak, bukan ini caranya, aku harus
kuat, aku bukan wanita lemah, cinta itu bukan milik aku, aku tak berhak mengatur
mana-mana cinta, kerana cinta itu milik ALLAH dan anugerah dari ALLAH, aku
tiada hak atasnya, anugerah itu ALLAH bisa tarik pada bila-bila masa sahaja.
Aku redha, aku redhai segala yang berlaku, kerna ku pasti, kerna ku yakin,
pasti ALLAH berikan ku hikmah di sebalik semua yang berlaku.
.: SEBUAH KISAH :.
Liya,
gadis kampung yang tak pernah mengenal cinta asing, selama ini dia di didik dan
dodoi dengan cinta Ibu, Ayah, dan keluarga. Tidak pernah terfikir di hatinya
untuk bercinta dengan mana-mana lelaki asing, kerna bagi Liya, dia sudah ada kesemuanya,
dalam kehidupan keluarga yang besar, dia mempunyai 4orang kakak, 2orang abang,
seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan.
Dengan
penuh rasa syukur mempunyai keluarga yang bahagia dalam kehidupannya, mengapa
perlu mencari cinta dari yang asing? Begitulah soalan yang akan Liya ajukan
kembali kepada mereka yang bertanya Liya kenapa dia tak pernah menerima cinta
mana-mana lelaki. Sedangkan segalanya ALLAH telah berikan. Liya bahagia dengan
kehidupannya, tambah lagi setelah mendapat tawaran ke menara gading impiannya
sejak kecil.
1.Kerinduan
Liya
melayari sebuah kehidupan yang normal di Universiti impiannya, walau kekadang
merasa rindu kepada keluarga, terutama Ibu dan Ayah, kerana Liya tidak pernah
berjauhan dengan mereka. Liya tidak pernah tinggal di asrama, apa lagi rumah
sewa. Mungkin itu yang menyebabkan Liya bertambah rindu.
Pada
suatu hari entah bagaimana Liya terasa ingin menghantar sepucuk surat kepada
seorang jejaka, kerna pada Liya jejaka itu amat baik, dan manis. Liya amat
terkejut apabila surat yang di hantarnya itu berbalas, seolah-olah ini satu
mimpi indah bagi Liya. Almaklumlah, kali pertama menyapa jejaka yang tidak di
kenali dan untuk pertama kali juga sapaan Liya di balas. Bagi Liya ini adalah
satu anugerah.
Alhamdulillah
! gembiranya, muka Liya sejak akhir-akhir ini sungguh manis deq kerana anugerah
buatnya.
Selang
beberapa minggu Liya mendapat surat daripada jejaka itu mengatakan bahawa
jejaka itu akan berkahwin, Liya amat gembira kerana Liya menganggap jejaka itu
maksudkan Liya lah akan menjadi permaisuri jejaka itu, tapi malangnya Liya
silap. Amat mengecewakan Liya apabila di beritahu bukanlah Nurul LiyaAida bt
Abdullah yang akan menjadi suri hidup jejaka itu.
Liya
terkejut, Liya sedih, diam tidak terkata, Liya tidak menceritakan kepada
sesiapa, dan tidak akan menceritakan kepada sesiapa, biarlah kisah itu sebagai
satu mimpi bagi Liya, apalagi untuk membalas surat maaf jejaka itu sememangnya
jauh sekali. Liya sukar menerimanya.
2.Senyum
redha menerima segala ketentuan.
Setelah
beberapa hari, Liya merasakan yang dia perlu memaafkan jejaka itu walau sakit.
Mustahil bagi Liya untuk berdiam diri, mana mungkin kerana hal ini menyebabkan
Liya memutuskan silaturrahim, bukankah perkara yang amat di sukai Rasulullah
itu menyambung silaturrahim. Jadi, andai memutuskan itu bagaimana?
Liya
tersenyum setelah menanyakan soalan itu kepada diri sendiri, nekad untuk
menulis sepucuk surat buat jejaka itu, sekali lagi Liya nekad.
Walaubagaimanapun ini perlu, Liya mengatakan secara jujurnya, Liya memaafkan
dan redha dengan semua yang berlaku. Sekurang-kurangnya Liya tenang dengan kata
maafnya buat jejaka itu, biarpun masih ada bait-bait sedih.
Liya
menerima segalanya dengan hati yang terbuka, bagi Liya jejaka itu memang telah
di tetapkan oleh ALLAH bukan untuk Nurul LiyaAida, tambah Liya mungkin kerana
Liya masih terlalu adik untuk bercinta dengan seorang insan. Selang beberapa
bulan, Liya menerima kad jemputan ke majlis perkahwinan jejaka itu. Liya
senyum, sambil berkata :
“ cinta ini memang hanya cinta sedetik, akan
tetapi Alhamdulillah, dengan cinta yang sedetik ini ku mengenal cinta abadi dari
tuhanku, ALLAH yang Maha Penyayang. ”
Ibrah
:
Percayalah,
yakin lah, dengan mencintai ALLAH, dengan cinta NYA, dengan rasa cinta
terhadapNYA, cinta kita kepada ALLAH itu dibalas, cinta kita kepada yang Maha
Mencintai itu pasti di sapa, cinta kita kepada yang Maha Memahami itu pasti di
rasa, bukan hanya kita yang bertepuk sebelah tangan. Cinta itu Cinta yang
Hakiki, pasti Cinta itu di sambut ramah, di genggam erat, di belai mesra.
Subhanallah, Maha Suci ALLAH, Dia yang Agung, DIA yang menganugerahkan cinta,
DIA jugalah yang memegang perasaan cinta, DIA lebih berhak di Cintai.
Kini
ku bangkit, aku bukan lagi insan yang mengharap akan cinta manusia, aku bukan
juga insan yang benar-benar mencintai manusia, kerana ku mula sedar, cinta
manusia itu bukan semuanya membahagiakan, kerana cinta manusia itu terbatas,
mencintai dan di cintai manusia itu pasti ada yang menghalang, kerana cinta itu
di pegang oleh NYA, jadi, alangkah lebih baik andai cinta itu di berikan
setulus hati, sepenuh rasa, buat DIA, Tuhan yang menganugerahkan cinta itu
sendiri.
“Hasbunallah
wani’mal wakil”
Disaat
mengingatinya, aku mengucap kalimah itu, cukuplah bagiku ALLAH sebagai
penolong. Bila di amati, aku menangis sendiri. Sungguh besar cinta ALLAH,
sungguh ! Cinta ALLAH dan cinta manusia, mana yang lebih utama? Mesti lah cinta
ALLAH yang Esa, ingin ku buktikan di sini bahawa cintaNYA amat besar untuk
hambaNYA. Pertama, cintaNYA meliputi setiap RahmatNYA yang tanpa henti di
kurniakan buat hambaNYA. Seterusnya, cintaNYA itu buat seluruh isi yang
terdapat di sekalian alam. Mana mungkin kita bisa berdiri tanpa cintaNYA, mana
mungkin seekor semut bisa mengangkat cebisan saki-baki biskut tanpa cintaNYA,
mana mungkin aku bisa menaip setiap bait-bait kata ini tanpa Rahmat dariNYA.
Subhanallah, Maha Suci ALLAH. Sesungguhnya, kami amat memerlukanMU. Kami lemah
tanpaMU, dan semestinya kami tiada tanpa CINTAMU Ya ALLAH.. Betapa sucinya
kasihMU Tuhan, betapa Agungnya kebesaranMU. Diri ini mengharapkan cintaMU,
kekalkanlah rasa kehambaan kami Ya Tuhan. J
AND ALLAH ALWAYS BESIDE YOU..
No comments:
Post a Comment