Sememangnya kita sering merancang, aku
merancang, dia merancang, ALLAH juga merancang. Dan sebaik2 perancang itu
semesti ALLAH SWT.. A,ah.. tiada yang lebih sempurna perancangannya selain DIA.
Aku merancang untuk balik ke kampung pada hari ke2 setelah habis exam, tp,
Subhanallah, maha suci ALLAH, DIA telah tetapkan untuk ku pulang pada malam
selepas habis exam, walau rushing, Alhamdulillah, ALLAH permudahkan, dia
permudahkan ku untuk packing barang2,angkut barang2 dengan pertolongan roommate
ku, walau sedikit kelam kabut.. tetap kalimah Alhamdulillah tu bisa di
zahirkan. Tiada siapa yang tahu kan benda tu, walau diri ku sendiri, hanya
ALLAH yang tahu, kerna DIA lah yang merancang semua tu.. Hari ini, hari ke 9
habis exam, tapi aku masih lagi belom pulang ke rumah, massih belom memeluk ma
dan abah, masih belom cium ma dan abah, massih belom dapat bermanja dengan ma
dan abah kat rumah, mungkin juga ada hikmahnya, yaa.. for sure, ada hikmahnya..
pada 26hb habis exam, 26hb malam ke rumah abang ku di butterworth, dan 27hb
malam bertolak ke Shah Alam, dan sekarang 5hb,masih berada di sini, Shah Alam.
Subhanallah.. Perancangan, InsyaALLAH, 6hb, esok akan bertolak ke Kelantan..
InsyaALLAH...
Menanti kedatangan Ramadan, pada tahun ini
InsyaALLAH, akan berpuasa bersama keluarga, semoga ALLAH permudahkan urusan
kita semua. Aminn Ya Rabbi..
:.
Universiti Ramadan .:
Sebelum
ini kita(atau mungkin saya J ) di datangi dengan ucapan datang ke Universiti Sains Malaysia,
Selamat belajar di Universiti Sains Malaysia, dan bermacam-macam lagi, tapi,
pada kali ini, ada kelainan pada ucapan yang saya(atau mungkin kita J ) dapat pada malam pertama Ramadan, ucapan yang berbunyi, atau
mungkin tidak berbunyi ^_^
“
Selamat memasuki Universiti Ramadan ”
Alhamdulillahi
Rabbil ‘Alamin.. hari ini adalah hari ke 10Ramadan, begitu pantas masa berlalu,
rupa-rupanya sudah 9 hari kita berpuasa.
Di
sini sedikit perkongsian untuk penuntut Universiti Ramadan.
Graduan Universiti Ramadan :
Semua bisa memasuki Universiti Ramadan, tiada had umur. Tiada
Qualification.
Ilmu persiapan memasuki Universiti Ramadan :
solat taubat dan istigfar banyak-banyak. Jika sekarang
masih belum buat solat sunat Taubat, masih sempat lagi. Supaya ALLAH terima setiap
amalan kita. Buatlah. ALLAH Maha Pengampun, bila-bila masa, di mana-mana
sahaja. ^_^
Cara? Begini : Niat : “ Sahaja aku solat sunat Taubat, 2
rakaat kerana ALLAH s.w.t ”
Rakaat Pertama à Al-fatihah-Al-Kafirun
(baca sekali saja, rajin buat 3X, rajin lagi buat 7X, tapi jangan focuskan
untuk mengira J matlamat
kita : Taubat)
Rakaat Kedua à Alfatihah-Al-Ikhlas
(sama seperti di atas)
Sujud akhir, istigfar. “ La illahailla anta subhanaka
inni kuntum mina zolimin ”
Lepas solat, doa sungguh-sungguh minta ALLAH ampunkan
dosa lepas-lepas dan akan datang. Zikir-zikir-zikir banyak-banyak.
Niat dan azam untuk ALLAH redha, dan ALLAH terima puasa
tahun ini, doa untuk mendapatkan Lailatulqadar. Mohon kebaikan daripada ALLAH.
Mohon keredhaan ALLAH. Dunia & Akhirat.
Orang tak nampak nikmat bulan
ramadan, tapi bagi orang yang tahu, mereka rasa, mereka merasai nikmat itu.
Subhanallah. >1000bulan. Mereka nampak lebih daripada itu.
Jangan gaduh-gaduh, sambung Silaturahim, Nabi kan lebih
suka orang yang menyambung Silaturrahim, bukan orang yang memutuskan
Silaturrahim. Memaafkan dan meminta maaf kepada semua kenalan.
Pusat Pengajian yang ditawarkan di Universiti Ramadan :
Taat pada ALLAH, semua orang kena taat pada ALLAH. cth
yang merokok pun tidak merokok, kalau benda-benda fitrah kita boleh tinggalkan
pada bulan ramadan, apa lagi maksiat, kan? Di harapkan kita boleh tinggal.
Lambang ketaqwaan. Ini kalau orang yang betol2 mengambil manfaat dalam bulan ramadan.
Akidah kita yang yakin bahawa ALLAH melihat kita walau
kita tidak melihat ALLAH.
Disiplin diri, ada
waktu-waktu tertentu (cth : waktu sahur, waktu berbuka, waktu solat sunat
tarawih, waktu berzikir, tadarus J ).
Menjadikan kita lebih berdisiplin. Lambang ketaqwaan kita kepada ALLAH.
Sahur, jarak berhenti sahur, 50 ayat quran nabi dan
sahabat boleh baca.
Tarawih,Zikir.
Mujahadah ( lawan nafsu sungguh-sungguh) dan tawajuh, istiqamah.
Lepas segala-galanya pada ALLAH. Yakin pada ALLAH. Bukan sekadar puasa lapar
dan dahaga, tetapi lebih daripada itu kerana ALLAH janjikan pada kita, antara
istimewanya bulan Ramadan adalah doa orang yang berpuasa ini tidak akan di
tolak oleh ALLAH. Doa-doalah bersungguh.
Hadiah termahal di Universiti Ramadan :
Mengharap pada ALLAH,
Hadiah termahal/tak ternilai harganya à malam
Lailatulqadar. Satu malam lebih baik daripada seribu bulan (83tahun ++). Kiraan
ALLAH, bukan kiraan manusia.
Doa setiap malam :
“ Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Mengampuni, Engkau
suka mengampuni, maka ampunilah kami.” Jika itu malam lailatulqadar,
subhanallah. Tiadalah tempat kita di neraka. Dengan Rahmat ALLAH, tempat kita
di Syurga. InsyaALLAH. Amin.
Semua pintu syurga terbuka, bererti ALLAH sedang menyuruh
kita , mengalu-alukan kita ke syurga, seolah-olah ALLAH bagitahu pada kita “
masuk lah masuk lah masuk lah, tinggalkan benda jahat, benda tak baik, mai la
mai la mai laa. Buat baik”
Subhanallah.
Bagaimana kalau kita haid ? mesti sedihkan, tak pa,
jangan sedih, itu adalah rezeki daripada ALLAH sejak zaman .
Doa :
“ Alhamdulillah ha 'ala kullihal, wa astarfirullah min
kul lizanbi. ”
maksudnya :
maksudnya :
“ Segala puji bagi ALLAH dalam segala hal dan ku mohon
ALLAH ampunkan segala dosaku ”
Zikir banyak-banyak.
Baca quran juga,
surah-surah pendek.
Halangan menjadi graduan Universiti Ramadan yang berjaya
:
Kita nak hidayah, tapi tak berusaha.
Hati yang keras dan diri yang ego.
Tidak menjaga pandangan.
Tidak sahur. Malaikat mendoakan orang-orang yang bangun
sahur. “Satu keberkatan yang sangat teristimewa ada pada makanan sahur.”
Berhijrah. Baik à Lebih
Baik, Lebih Baik à
Terbaik.
Gaduh-gaduh, kira-kira (berkira), tak puas hati dengan
kehidupan.
Kesilapan graduan Universiti Ramadan :
1)
Bersedekah yang salah,
Sedekahkan apa yang kita suka, bukan apa yang kita tak
mahu. Sebenar-benar sedekah adalah memberi benda yang baik dan sayang yang kita
miliki. Tetapi kebanyakan daripada kita selalu memberi sesuatu yang kita sudah
tidak mahu guna, barang-barang yang sudah lama kita pakai, baju-baju yang sudah
lusuh. Sama juga macam kuih-muih, memberi sedekah atas sebab kita dah tak larat
untuk memakannya, sebab tadi beli banyak sangat. Dengan niat tak mahu membazir.
Tak, itu bukan caranya. Tak mahu membazir bermula pada mulanya, sebelum beli
lagi mesti fikir, ni habis tak ni nak makan, tapi tak kan, kita beli je
banyak-banyak, masa tu tak fikir lak membazir, huhu ^_^ tapi andai kita beli
lebih dan di niatkan untuk memberi kepada mereka yang memang tidak mampu untuk
membeli kuih tu, yang pasti bila kita beri pada mereka, mereka akan makan,
Alhamdulillah. Jika begitu, itu adalah lebih baik.
2)
Parking block kereta orang,
Iman ada banyak cabang, Iman paling tinggi adalah beriman
dengan La Illa Ha illa ALLAH, dan serendah-rendah iman adalah membuang sesuatu
yang menghalang di jalanan. Jadi, kalau parking block kereta orang tu macam
mana yer? Hihi, bukan ke menambah halangan di jalanan maknanya tu. Jadi, JOM,
Jalan Orang Mukmin, berubah JOM. Sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi,
mana ada tahu ada emergency ke apa, kita tak tahu. Jap, saya tak la kot, kereta
pum tak pandai drive, apa lagi nak block kereta orang. Um.. mungkin dengan
menasihati Abah, Abang, Ma, Kakak kita yang bawak kereta. Juga boleh membantu.
Bukankah ALLAH
berfirman dalam surah Al-‘Ars :
“ Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang
beriman dan beramal soleh serta berpesan kepada kebaikan dan kebenaran dan
menasihati kepada kesabaran”
Komplain makanan, jangan ! sesungguhnya itu lah rezeki
yang ALLAH hadirkan untuk kita. Cara nak elak komplain,
1)
Tarik nafas.
2) Alhamdulillah.
Segala puji bagi ALLAH,
3) Astargfirullah.
Ya ALLAH ampunilah aku.
InsyaALLAH, ALLAH akan kunci hati kita
daripada komplain,
Jangan hanya mengejar pahala-pahala yang besar dalam
ramadan. Bagi yang bekerja, tersenyumlah kerana kerja itu sendiri dapat cuci
dosa dan mendapat pahala. Jangan lah kerena keletihan kita bermuka masam.
Maniskan muka J. Suami,
dakwah di luar, buat baik di rumah. Bulan ramadan ini biarlah muka kita
sentiasa manis .. com.mel.
Matlamat utama : “Saya berpuasa menuju Taqwa”
Moga ALLAH Redha.
Pesanan Ustazah.
No comments:
Post a Comment