“Jujur, apabila aku memikirkan tentang kita… Aku ingin
menangis dan menangis, cinta ini menyakitiku… Aku tak sanggup.”
“Sepanjang malam aku menangis, memikirkan kita… Dalam hati
aku, aku mempersoalkan… Kenapa seorang wanita itu sangat beremosi? Aku marah!
Sebenarnya, aku marah siapa?”
“Ya Allah, air mata aku terlalu mahal… Untuk menangis, hanya
kerana sesuatu yang belum pasti buatku… Aku menangis dah berbaldi air mata…
Namun, apa makna air mata tu? Sia-sia?”
“Semalam, aku berharap untuk
merasai ketenangan… Jadi, aku cuba untuk mencari ketenangan…
Rupa-rupanya, bukan itu caranya untuk menghadirkan ketenangan dalam hati aku…
Bukan dengan meluahkan kepadanya…”
“Malam tadi, tiba-tiba terdetik di hati kecil manusia kerdil
ini. Sebenarnya… Apa yang aku inginkan dalam hidup ni? Di sayangi? Di cintai? Di
agung-agungkan? Sebenarnya, apa makna bahagia?”
“Ada sesuatu yang aku tidak sepatutnya buat dari dulu lagi…
Apa? Jatuh cinta! Aku jatuh cinta pada orang yang salah… Aku salah, ini salah
aku…”
“Kenapa aku merasakan seolah-olah tidak punya apa-apa
kepentingan??? Ya Allah, apa yang aku cari ni!”
“Aku harap apabila aku bangun nanti… Aku tidak pernah mengenali
manusia bernama kamu. Namun, itu hanyalah satu harapan palsu. Takkan ada yang
boleh putarkan kembali masa untuk hentikan waktu, detik, ketika kita mula-mula
mengenali”
“Allah hadiahkan kami air hujan pada pagi ini… ”
“Ya Allah, sebenarnya… Apa yang aku takutkan dalam hidup aku
ni? Aku takut kehilangan ke?”
“Ya Allah, kenapa aku tidak yakin dengan janji Mu? Teruknya
aku…”
“Ya Allah, hadirkan sesuatu dalam hidup aku… Aku perlukan
sesuatu… Tapi apa?”
No comments:
Post a Comment