Alhamdulillah…
Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat
kehidupan.
Masih dikurnia oleh Allah nikmat Iman, masih lagi mampu merasai
nikmat Syukur.
Saya, Nurul Suhaida Ibrahim, hanyalah insan biasa-biasa…
Namun, Allah
sering beri kekuatan kepada diri ini untuk menulis.
Allah sering beri peluang
untuk menulis.
Alhamdulillah...
Hari ini, teringin nak berkongsi tentang kajian Master saya, bidang Pengajian Islam. Kalau di ikutkan, degree dalam bidang Sains Tulen.
Sains Biologi Haiwan.
Tups tups…
Jauh tercampah ke bidang Ilmu Kemanusiaan.
Inilah
takdir, ketetapan Allah.
Hari ni, sedikit perkongsian tentang isti’azah iaitu
konsep memohon perlindungan kepada Allah dari sesuatu yang tidak diingini.
Untuk
kali ini, saya akan berkongsi doa isti ‘azah ketika ingin memasuki masjid.
Begitu
perlukah seseorang untuk beristi’azah sebelum memasuki masjid?
Yaa.. Amat
perlu, kerana tempat yang dimasukinya itu adalah masjid, dan masjid adalah
rumah Allah, tempat beribadat.
Jika seseorang memasuki masjid tanpa memohon
perlindungan kepada Allah, bagaimana dengan ibadatnya nanti?
Wallahu’alam
bissawab…
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a,
Rasulullah saw ketika memasuki masjid, Baginda membaca doa isti ‘azah,
“A’uudzuBillaahil Azhiimi wa Biwajhihil
Kariimi wa Sulthaanihil Qadiimi-minasy-syaithaani-rajiim.”
Yang bermaksud,
“Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung dan
kepada Wajah-Nya yang Mulia dan kepada Kekuasaan-Nya yang tidak berawal dan tidak
berakhir dari gangguan syaitan yang terkutuk.”
Seseorang bertanya, “Hanya itu?”
Aku (Abdullah bin Amr) menjawab, “Ya, hanya itu.”
Rasulullah s.a.w kemudian bersabda,
“Jika seseorang membacanya (isti‘azah tersebut)
maka syaitan berkata ‘Ia akan terhindar dari aku sepanjang hari.’”
(HR. Abu Daud)
Wallahu'alam... ^_^