wahai teman, kalian adalah insan yang ku namakan seorang sahabat...
kenapa kita bermasam muka, padahal kita selalu sahaja bersama-sama,
dengan gelak ketawa, yang kadang-kadang membuatkan mereka yang tanpa
sahabat itu iri hati dengan lagak kita...
ingin aku sama-sama berjalan bersama mu, sambil memegang tangan mu menuju
syurga... kerana aku tidak sanggup melihat mu tersiksa di neraka....
Oleh sebab itu,aku ingin kita sama-sama join Usrah, pegi surau sama-sama..
menghadiri majlis ilmu sama-sama, kerana aku ingin kita sama-sama membuat
kebaikan...kerana aku ingin kita sama-sama mendapat ganjaran pahala daripada
Allah...sama-sama mendapat keredhaan Allah S.W.T...
suu sayang kalian semua.... =D
PERANAN SAHABAT, TEMAN
Allah berfirman ;
"Teman-teman pada hari itu (kiamat) saling bermusuhan antara satu sama lain,
kecuali mereka yang bertaqwa"
(43: 67)
walau teman akrab seakrab mana sekalipum,tetap akan bermusuhan...kecuali? kecuali
mereka yang bertaqwa.... kenapa mereka bermusuhan? kerana mereka saling menunding
jari menyalahkan antara satu sama lain... kerana tidak mengajak untuk melakukan
kebaikan bersama... wahai sahabat... ku tak sanggup bila tiba saatnya kita dibangkitkan
semula nanti, kita bermasam muka, bermusuh-musuhan...
Allah berfirman ;
" (Iaitu) pada hari (ketika) seorang teman sama sekali tidak dapat memberi manfaat kepada teman lainnya dan mereka tidak akan mendapat pertolongan "
(44: 41)
pada ketika ini di mana kita tak dapat saling menolong antara satu sama lain... teman, cukuplah
sekadar kita tidak dapat tolong menolong, jangan di tambah pula dengan bermasam muka dan bermusuhan... oleh itu wahai teman, tegurlah daku jika diri ini terleka, kejutkan lah daku dari
mimpi itu... ^_^ wallahualam..
No comments:
Post a Comment