Saturday, 18 October 2014

_Wasiat Imam Syafie_

DIRIWAYATKAN, sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.
Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: 
“Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua: Hak kepada malaikat maut – menggandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.
Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak & tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima: Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
Keenam: Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
Ketujuh: Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kelapan: Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa redha kepada qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
Kesembilan: Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.
Kesepulu: Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
semoga Allah redha.
sumber : myibrah.com

Saturday, 31 May 2014

Comparative Religion Class Phase 1.

This is my lovely loving energetic jumping2 lecturer. 
TRUST me, every of us in Comparative Religion Class love him so so much much much. 
He so2 'terbaik' and handsome also, right? ^_^ 
Yes, for sure !
Brother, Thank You for being our Lecturer. Thanks also for your Du’a. InsyaAllah, kami akan mempraktikkan ilmu yang telah di ajarkan kepada kami.

Pesanan Brother :

“Wahai putera puteri yang di sayangi Allah lagi di kasihi Nabi, sebagaimana pantai yang tidak sunyi dari ombak & badainya, begitulah kehidupan kita, takkan boleh lari dari ujian & dugaan, mehnah & tribulasi. Setiap antara kita pasti di uji, bersedialah menghadapi ujian itu.”

“Kita bakal di uji, apabila jatuh, jangan putus asa, baiki diri, beri sedekah, ikhlaskan diri, seterusnya, istiqamahlah.”

“Gunakan setiap peluang untuk berdakwah, turn every good or bad to da’wah. Be positive !”

“Berharaplah hanya kepada Allah, rapatkanlah hubungan dengan Allah, InsyaAllah, bantuan Allah akan datang. Bila hubungan kita baik dengan Allah, baiklah hubungan kita dengan yang lain.”

“Baik sangkalah dengan Allah.”

“Allah ciptakan akal, tetapi akal itu tidak digunakan untuk mengagungkan Allah s.w.t. Jadi, layaklah kita untuk di hukum.”

“Bangunlah dengan jiwa yang besar kerana Allah, Tuhanmu.
Ledakkan apa yang ada dalam jiwa !”

“Terima kasih, manfaat psikologi. Jadi, berterima kasihlah. Dan beradablah.”

Buat Brother Kamarudin, Sis Qina, Sis Mariam & semua sahabat yang saya sayang lagi di sayangi Allah serta di kasihi Rasulullah, terima kasih untuk semuanya, untuk ilmu yang di kongsi, untuk gelak tawa bersama, & tidak lupa untuk adat istiadat Kelas Perbandingan Agama.

We all really awesome !
kenang daku dalam doa kalian..... 
InsyaAllah, moga bertemu lagi, jika bukan di sini, 
dengan izin Allah, di SyurgaNYA....

Thursday, 15 May 2014

Luahan Cinta. Taubat Seorang hamba.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya,
Program Assalamualaikum Cinta 2, LUAHAN CINTA, Taubat Seorang Hamba.
berjalan dengan lancar dan sangat mendapat sambutan daripada warga USM & penduduk sekitar USM. Alhamdulillah.. Pada mulanya, hati gusar memikirkan adakah program ini akan berjaya. Hati senyum, lalu berkata "Tidak mengapalah Cinta, andai Dewan ini tidak tidak penuhi insan. Malaikat tetap memenuhi dewan ini." Tetapi, Subhanallah.. Berkat Doa & Usaha. Dewan Kuliah Sains Kemasyarakatan 3. Penuh. Alhamdulillah. 
Terima kasih & Tahniah buat Pengarah Projek, Mujaddid At-Tarmizi (Muhammad Tarmizi Che Hassan) serta semua AJK Assalamualaikum Cinta 2. Tidak lupa buat Majlis Tertinggi HAAKUSM. Berserta semangat, bantuan, dorongan, dokongan, sokongan dari PP, AJK dan MT, Dengan Izin Allah. 
Program kita BERJAYA ! Semoga usaha kita di Redhai Allah. 


Assalamualaikum Cinta 2. .

sedikit perkongsian buatmu teman :

1)Kita tidak sedar. Ramai yang tidak sedar. Allah menjaga mereka 24jam. Dengan sifat kasih & sayang Allah.
Andai Allah tiada sifat kasih sayang. 
Mungkin, kita tiada di sini sekarang.
Tanpa kasih sayang Allah, entah bagaimana kehidupan kita saat ini?



2)Jangan kamu melangkaui niat tujuan hidup selain Allah.
Allah tidak berharap pada kita.
Tapi. Kita yang sentiasa berharap pada Allah.
Sandarkan hanya kepada Allah.
Manisnya cinta kepada Allah.
Bila mana kita dah tidak takut kepada sesiapa pun selain Allah s.w.t.

3)Bagaimana caranya meluahkan Cinta,
melalui Doa, melalui solat, melalui perbuatan (amal soleh)
cinta itu tidak hanya dengan kata-kata, malah ia perlu di buktikan dengan perbuatan.
Alhamdulillah.... bersyukur kepada Allah dengan apa yang kita miliki sekarang, kerana segala nya adalah nikmat dariNya.
Pesanan dari Imam Muda Hassan yang di beritahu oleh Pengarah Projek :
"Sentiasa letakkan Allah sebagai perkara yang utama, dan pastikan guna hati bila mana ingin melakukan sesuatu perkara. Apa maksud guna hati?? Bila mana kita melakukan sesuatu perkara dan merasakan diri semakin tenang serta dekat dengan Allah itulah yang dipanggil menggunakan hati"

Cinta akan bunga, akan layu.
Cinta akan manusia, akan mati.
Cinta akan Allah, kekal selamanya.
Itulah Cinta, Cinta yang hakiki.
Terima kasih Cinta.. Mantan Timbalan Pengarah Projek Assalamualaikum Cinta 2.

Tuesday, 4 March 2014

~Selangkah ke Gerbang Perkahwinan~


Islam meraikan kehendak fitrah manusia.

TENANG & tenteram.
Membentuk keluarga islam.
-mendidik & membantu.

Mengapa berkahwin?
Melengkapkan agama.

Gabungan antara :
Cinta sepanjang masa
Kasih sayang yang sentiasa
Tanggungjawab & Peranan.

Wajib siap sedia ;

1.10muwasafat tercerna dalam fikiran & amalan.
2. Faham tujuan perkahwinan.
3. Bersedia mempertingkatkan diri.
Binaan masjid (imam & makmum menuju syurga)

10 Muwasafat :

1. akidah yg sejahtera
2. ibadah yg betul
3. akhlak yg mantap
4. kuat tubuh badan
5. fikiran yg berpengetahuan
6. mampu berusaha
7. mampu melawan nafsu
8. menjaga waktu
9. tersusun urusan
10. berguna utk orang lain

3tahap :

1. orang biasa  2. akh muslim  3.  Mujahid mundhobit
Semoga kita, generasi yg soleh & musleh.
Mewakafkan diri kpd Allah.

Konklusi :
mesti pilih yang beragama
bersedia dengan ilmu rumah tangga sebelum berkahwin.
urusan perkahwinan yang mengikut syarak.
terima pasangan seadanya.
bersyukur dengan kelebihan.
bersabar dengan kelemahan.
mencari persefahaman bukan persamaan.
Bersedia menjadi pemaaf & tidak berdendam.
Bersangka baik & saling membimbing. bukan mengharap.
Istikharah wa tawakkal.

InsyaAllah hu Jannah



Sunday, 23 February 2014

~Pantun Kita, Warisan Kita~

Menaip memang kegemaran jari,
Nama mukabuku Seindah Suri.

Sudah lama tiada bercerita,
Ustazah Zoologist nama Twitter.

Di mana Dia aku merindu,
Merindu pada Cinta yang Satu.

Andai lama tidak bertemu,
masakan aku merasa jemu.

Lamanya kita tiada bertanya,
bagaimana khabar dia agaknya.

Walau apa yang terjadi,
ukhuwah kita tetap jadi.

Ukhuwah kita tidak salah,
moga ikatan ini lillah.

Bukan sengaja aku pendam,
hanya takut nanti berdendam.

Bukan aku lupa daratan,
tidak ingin di hasut syaitan.

Rindu tetap rasa rindu,
sayang tetap rasa sayang,
tidak ingin sepahit hempedu,
takut cinta ini melayang.

Wahai sayang aku sayang,
wahai cinta aku cinta,
Aku benar cinta sayang,
Moga ia sampai Syurga.


Memang Zoologist suka binatang,
Disect disect kegemaran kita,
Nak bagi berapa bintang?
Cukuplah hanya bintang Syurga.

Thursday, 20 February 2014

Segulung Cinta vs Kekuatan Takdir.

"Tanpa keizinan dari Allah,
belum tentu kita bahagia.
Jodoh urusan Allah,
Takdir hak mutlak milik Allah.
Segulung cinta takkan dapat menguasai kekuatan takdir.
Hakikat kehidupan, tak semua berjalan mengikut kehendak kita,
Semuanya mengikut kehendak Allah.
Yaa... Saya berharap.
Saya harap.
Agar hubungan kita ini berjaya.
Tapi, jika ada sebab2 tertentu yg menghalang.
kita perlu bersedia.
Dan kita wajib redha."

Aku serahkan kepadaMu Ya Allah.
Kurniakan kami, jalan kehidupan yang terbaik buat kami.
Tetapkan hati kami dalam mencintai Mu,
Semoga dengan CintaMu, Cinta yang lainnya hadir.



 Letakkan cinta dunia hanya di tangan, bukan pada hati.
kerana cinta itu hidup.
dan hakikat yang hidup itu adalah mati,
khuatir kelak mati cinta, mati hati, mati Cinta buat yang Hakiki.

Wednesday, 15 January 2014

_MauLiD Baginda Rasulullah, Kekasih Allah_


Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.
Andai Rasulullah masih ada.
Semerbaklah haruman baginda. Setiap insan ingin bersamanya.. 

wahai kekasih Allah..Kami merinduimu. Wahai kekasih Allah.. 
Adakah kehidupan dunia kami ini membuat mu tersenyum? 
Wahai kekasih Allah. Andai kami membuat mu sedih. Maafkan kami. 
Wahai kekasih Allah. Syafaatkan lah kami. 
Kami sayang Rasulullah s.a.w. dan kami tahu. Kami yakin. Kami pasti. 
Rasulullah juga sayang kami. Sayang kita, semua. 
Baginda di turunkan untuk sekalian manusia. 
Bukan hanya untuk muslim sahaja. 
Mesej Rasulullah bukan untuk muslim sahaja. 
Mesej itu untuk sekalian manusia. Tuhan itu satu.yakni ALLAH. 
Sembahlah Allah yang Maha Esa.

Team Cinta Rasulullah, Sebar Cinta Rasulullah.

Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.


 Sunnah Rasulullah yang perlu ada dalam setiap Muslim :
1. Amanah. Can be Trusting.
2.Jujur. Never Lie.
3.Sampaikan. Shares any Good.
4.Bijak. Wisdom. Not Judgemental.

Wahai Sekalian Manusia.
Prophet Muhammad s.a.w adalah Rasul yg diturunkan untuk Semua.
Cina.India.Daya'.Khadazandusun.Melayu.Iban.Arab.Pakistan.etc.
dan Mesej yang di bawa oleh Baginda juga adalah untuk Semua.
Sembahlah Tuhan, Allah yg Satu. Islam agama yg Sebenar.
#Sebarkan Walau satu ayat.

Thursday, 2 January 2014

MahabbahBuatMu

"Rasa diri baik, akan jadikan diri tak baik"

Semoga Allah jaga kita dari sifat takabur.
Astaghfirullah. 
Takut.
Tanam dalam diri, kita tak boleh hidup sorang.
Kita banyak kelemahan & kekurangan.
Terima teguran.

“Orang yang hanya tahu mengambil, tidak tahu memberi.
Mereka takkan mengecapi bahagia.”
Percaya lah. Nikmat memberi sangat best (y)

Untuk elakkkk Takabur/ego.
Cepat2 minta maaf. Cepat2 maafkan.

Duhai Teman..
Andai ada salah/silap mu pada keesokan hari.
 Percayalah, telah ku maafkan nya sebulan yang lalu..
Dan begitulah kitaran seterusnya.
Maaf. Diri ini tak sempurna. Su sayang semua.
Semoga diri ini senantiasa berlaku adil.

“Adil lah kamu dalam berkata2 & perbuatan”

Jumaat masih mengukir senyuman manis kepada kita sayang.
Al-Khafi.wangi.cantik.senyum.SpreadLOVE.SpreadDA’WAH.

PerbanyakkanSELAWAT & memuji Allah.

Allah Ya Allah.Allah Ya Allah.Allah Ya Allah.


Subhanallahil’azim. Subhanallahi wabihamdihi.