Subhanallah...
terasa diri ini amat kejam, kerana tidak
menghulurkan apa yang masih berbaki.
Membiarkan dia pergi dengan begitu sahaja,
tanpa memberikan sehelai ‘hadiah’.
Tapi masih bisa tersenyum, dan aku membalas
senyumannya.
Pada masa yang sama dia masih mengingatkan kami supaya
berhati-hati,
dengan keadaannya yang begitu masih menasihati kami.
“Pak cik,
hati-hati yer, jalan baik-baik”.
Menitis air mata ku, hati tetiba terketuk sendiri
dengan kesukaran yang di lalui oleh pak cik.
Tapi masih tersenyum, masih
tersenyum.
Terasa amat bersyukur dengan nikmat yang ALLAH kurniakan buat ku,
yang ada padaku sekarang.
Tidak layak untuk mengeluh dengan setiap ujian yang
di hantar daripadaNYA,
kerna ujian itu hanya setetes kecil jika di banding
dengan mereka di luar sana.
Tidak layak untuk marah atau tidak berpuas hati
dengan ujian daripadaNYA..
Tidak layak langsung untuk merungut..
Aku hanya seorang hamba..
Wahai ALLAH.. maafkan kesilapan kami,
ampunkan lah
dosa-dosa kami,
kami kerdil tanpa nikmatMu.
~DOA BUAT NYA ~
Ya ALLAH, permudahkanlah perjalanan hidup pak cik itu,
janganlah membebani ujian yang berat yang dia tidak dapat menggalasnya,
bantulah dia walau dalam apa jua sekalipun,
hantarlah hamba-hambaMu yang
pemurah dan baik hati,
yang terdetik di hati mereka untuk menghulurkan bantuan
buatnya.
Aminn....
*insan kerdil yang merasa dirinya amat kerdil